Sambut Hari Malaysia dengan munajat AKIFI

BINTULU: Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak telah mengadakan program Gelombang AKIFI bertempat bersempena menyambut Sambutan Hari Malaysia di PASTI Al-Mukminin, di sini semalam.

Advertisement

Program ini bermatlamat untuk menzahirkan rasa kesyukuran atas nikmat keamanan dan kedamaian Malaysia bersempena Hari Malaysia disambut pada 16 September.

Antara pimpinan yang hadir dalam majlis ini ialah Ketua Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh dan Ketua Muslimat PAS Sarawak, Ustazah Juliani Adin.

Program bermula dengan solat Maghrib, solat hajat dan bacaan Yaasiin secara berjemaah, dan diteruskan lagi dengan munajat dan taujihat yang disampaikan oleh Ustazah Nuridah sendiri.

Ustazah Nuridah dalam ucapannya berharap para Muslimat agar terus istiqamah dalam mengekalkan suasana tarbiyah Islamiyah di dalam institusi kekeluargaan terutamanya.

Beliau juga menyeru anggota Muslimat agar komited meluaskan dakwah kepada bukan-Muslim agar Islam terus tersebar di segenap kawasan khususnya di Sarawak. – HARAKAHDAILY 16/9/2019 

IMG 20190916 WA0021