Majlis Gala Makan Malam Amal Gopeng

- Advertisement -

GOPENG: PAS Kawasan Gopeng telah mengadakan program makan malam amal dengan kehadiran utama Ketua Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh di Dewan Bulan Sabit Merah, Ipoh di sini baru-baru ini.

- Advertisement -

Majlis tersebut bagi mengumpulkan dana buat keperluan para pelajar SRITI An-Najah turut dihadiri isteri Ustaz Zawawi, Ustazah Ana Mastura Ismail dan Yang DiPertua PAS Gopeng, Ustaz Abu Bakar Hussein.

Selain itu, Pesuruhjaya PAS Negeri Perak merangkap ADUN Semanggol, Razman Zakaria dan Ketua Umno Bahagian Gopeng, Dato’ Hang Tuah Din antara yang turut meluangkan masa untuk hadir bersama wakil delegasi Umno Gopeng.

Pada majlis itu, para hadirin turut didendangkan dengan sajak dari pelajar PASTI, Iklil Marwazi Ahmad Muzani yang menjentik emosi hadirin antaranya menerusi tajuk “Pendidik Budiman”.

Dalam pada itu, majlis juga turut dihiburkan oleh Kufya Band antara kumpulan nasyid busker kontemporari yang terkenal dengan pembawaan mereka yang tersendiri dalam menarik minat anak muda menyanyi sambil berdakwah.

PAS Gopeng berharap bantuan bagi membina keperluan pendidikan SRITI An-Najah dan sumbangan masih dialu-alukan kepada orang ramai agar kelestarian pembinaan sahsiah para pelajar terbela dengan pendidikan Islam.

Sebarang sumbangan atau pertanyaan lanjut boleh hubungi talian 013-405 0158 (Pengerusi, Ustaz Raja) atau 019-249 5363 (Bendahari, Azmi). – HARAKAHDAILY 16/9/2019  

IMG 20190916 WA0024

IMG 20190916 WA0023

- Advertisement -