PAS Kuala Langat ceriakan Aidil Fitri kanak-kanak

- Advertisement -
KUALA LANGAT: Pemuda PAS Kawasan Kuala Langat telah meraikan 85 kanak-kanak dalam program Cahaya Lebaran Sinar Aidil Fitri yang diadakan di Hasan Ibrahim Textile, Banting, di sini hari ini.
 
Program ini bertujuan mengimarahkan Ramadan dengan amalan bersedekah serta menyantuni golongan kurang berkemampuan agar dapat sama merasai kegembiraan untuk menyambut Hari Lebaran Syawal.
 
Hasil daripada dermawan ramai yang turut berlumba-lumba membuat kebajikan, sejumlah sumbangan telah dikumpul dan dapat disumbangkan sepersalinan baju raya untuk kanak-kanak terpilih.
 
Ketua Pemuda PAS Kuala Langat, Muhammad Hanif Jamaluddin memaklumkan, program tahunan ini dapat dilaksanakan hasil komitmen bersama dengan Majlis Guru PASTI dan Ameerah Kuala Langat.
 
“Kami percaya bahawa kebahagiaan Aidil Fitri harus dikecapi bersama dalam setiap lapisan masyarakat secara berkongsi rezeki ini yang juga menjadi tanda syukur kepada Allah,” ujar beliau.
 
Hadir sama memeriahkan majlis tersebut adalah Adun Sijangkang, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi dan Naib Yang DiPertua PAS Kuala Langat, Hamdan Sapar serta pimpinan Dewan-dewan yang lain. – HARAKAHDAILY 25/5/2019
IMG 20190525 WA0100
- Advertisement -