Tips didikan awal anak jadi seperti Imam Bukhari

TAMBUN: Didikan awal ke atas Imam Bukhari yang mula hafaz Quran sejak usia 2 tahun dan Hadis di usia 4 tahun, harus menjadi panduan bagi ibu bapa menerapkan usaha seumpama kepada anak-anak mereka.
 
Malah, walaupun kematian suami kecekalan ibunya mendidik Imam Bukhari sendirian dengan sikap optimis dan sentiasa menyokong anak itu dengan doa dan tawakal mesti diterapkan para ibu bapa.
 
Perkongsian tersebut menjadi seruan Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Perak, Ustaz Hafez Sabri pada majlis iftar jamaie bersama ibu bapa warga SRITI Al-Istiqamah, Meru Raya, di sini semalam.
 
Kisah itu dikemukakannya dengan harapan menjadi motivasi kepada para ibu bapa untuk terus komited mendidik anak-anak sebagai generasi al-Quran sebagai mana usaha menerusi SRITI.
 
Pada majlis tersebut, Pengerusi SRITI Al-Istiqamah, Ustaz Mohd Fariz Izwan Md Bahrin memimpin bacaan tahlil sebelum berbuka dengan hidangan nasi jagung, ayam vanggey, kuah dalca dan jelatah.
 
Beliau turut menyampaikan duit raya kepada murid-murid selain bonus raya kepada semua guru dalam majlis berasingan yang turut dihadiri Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Tambun, Md Kahar Md Soam.
 
Pihak SRITI Al-Istiqamah turut menyeru orang ramai terus memberi sokongan dalam kemajuan dan pembangunan sekolah yang boleh disalurkan ke akaun Bank Rakyat 110441005292 atas nama SRITI Al-Istiqamah Resources. – HARAKAHDAILY 25/5/2019