Tidak jadi golongan melambat kemenangan

KAMPAR: Lajnah Tarbiyah PAS Kawasan Kampar telah menganjurkan iftar jamaie dan qiamullail bertempat di Surau PPRT Kampung Seri Rahmat, di sini kelmarin.
 
Program melibatkan kepimpinan PAS Kampar di semua peringkat ini bertujuan menyemarakkan tarbiyah ruhiyah dengan memanfaatkan kelebihan Ramadan.
 
Pengisian bermula dengan iftar jamaie, diikuti solat jamaah fardu Maghrib dan Isyak, seterusnya Tarawih, majlis khatam al-Quran dan qiamullail serta singgah sahur.
 
Diterajui sendiri Yang DiPertua PAS Kampar, Ustaz Mohd Sofian Rejab telah menziarahi dan mengedarkan juadah sahur kepada masyarakat di Malim Nawar.
 
Program semalaman ini ditutup dengan kuliah Subuh bertajuk “Tarbiyah Ruhiyah Bekalan Sepanjang Jalan Dakwah” disampaikan Ahli Jawatankuasa Ulamak PAS Negeri Perak, Ustaz Muhd Ali Helmy Yaacob.
 
Beliau membangkitkan motivasi para peserta berkenaan kekuatan tarbiyah ruhiyah dalam mengharungi mehnah perjuangan hingga mencapai reda Allah dan menjauhi keciciran.
 
Setiap ahli PAS peringatnya, wajib mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan amal soleh dan ketakwaan agar tidak menjadi golongan yang melambatkan kemenangan. – HARAKAHDAILY 22/5/2019
IMG 20190522 WA0037