Empat calon bertanding PRK Rantau

- Advertisement -

SEREMBAN: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Rantau menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) serta dua calon Bebas.

- Advertisement -

Pengumuman senarai calon yang bertanding pada PRK N27 Rantau itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya itu, Mohd Nizam Tajul Arus pada jam 10.30 pagi selepas proses penyerahan borang pencalonan di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Bandar Sri Sendayan. berakhir.

Empat calon tersebut telah menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.05 oleh calon BN, Dato’ Seri Mohamad Hasan diikuti calon Bebas, Malarvizhi A/P M.Rajaram pada jam 9.07 pagi, serta Mohd Nor Yassin pada 9.08 dan yang terakhir alon PH, Dr Streram A/L Sinnasamy pada jam 9.11 pagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari mengundi PRK Rantau ialah pada 13 April dan pengundian awal 9 April.

PRK Dun Rantau merupakan PRK ketujuh selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) iaitu PRK Sungai Kandis, Seri Setia, Balakong, Port Dickson, Cameron Highlands dan Semenyih.

PRK Dun Rantau diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Mohamad untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban, pada 16 Nov lepas, yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi kerusi Dun itu dalam PRU14, terbatal dan tidak sah.

Dalam PRU14, Mohamad diisytiharkan menang tanpa bertanding bagi kerusi itu selepas Dr Streram, yang menjadi calon PH, dilarang memasuki pusat penamaan calon untuk menyerahkan borang pencalonannya kerana tertinggal pas yang dikeluarkan SPR. – HARAKAHDAILY 30/3/2019

- Advertisement -