‘Terima kasih abang polis’ kawal kecoh

- Advertisement -

SEREMBAN: Di luar pusat penamaan calon Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Bandar Seri Sendayan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Dewan Undangan Negeri (Dun) Rantau kecoh seketika.

- Advertisement -

Penyokong Pkatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bersorak dan saling mengejek antara satu sama lain.

Pelbagai perkataan kesat dihamburkan malah kedua pihak saling berbalas, Pakatan Harapan menghamburkan ‘BN penipu; dibalas dengan ‘Pakatan hancing’ oleh penyokong BN.

Keadaan ini hampir tidak terkawal sehingga memaksa anggota keselamatan meningkatkan kawalan keselamatan dengan menempatkan anggota FRU dan menambahkan blok sekatan yang memisahkan kedua-dua penyokong.

Para penyokong dari kedua-dua belah pihak ditolak ke belakang oleh pihak penguatkuasa sebagai menambah skala jarak antara keduanya.

Keadaan bermula apabila penyokong muda BN mengherdik penyokong Pakatan Harapan yang melalui kubu penyokong BN untuk ke kubu Pakatan Harapan.

Salah seorang penyokong BN yang berusia menasihatkan penyokong muda BN supaya menjaga kelakuan dan tingkah tutur kata.

Jerit mereka, anak muda sedang bangkit! Rantau milik Tok Mat (Dato’ Seri Mohamad Hasan).

Kelibat seorang bekas anggota reformasi turut kelihatan, dikhabarkan beliau tidak lagi dapat bersama dengan reformasi yang ditubuhkan untuk menyokong Dato’ Seri Anwar Ibrahim kerana terlalu kecewa selepas Presiden PKR itu kini dilihat cenderung bersama Tun Dr Mahathir.

Suasana kecoh tadi dapat dikawal anggota keselamatan malah nyanyian ucapan ‘terima kasih abang polis’ seolah-olah mententeramkan keadaan.

Hari ini merupakan hari penaman calon PRK N.27 Rantau yang menyaksikan pertandingan empat penjuru iaitu calon BN, Dato’ Seri Mohamad Hasan, Dr Steram a/l Sinnasamy dari Pakatan Harapan dan dua calon bebas, Malarvizhi a/p M. Rajaram dan Mohd Nor Yassin.

PRK Rantau diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Mohamad untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban, pada 16 November lepas yang mengisytiharkan kemenangan beliau untuk kerusi Dun itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), terbatal dan tidak sah.

Dalam PRU14, Mohamad (BN), diisytiharkan menang tanpa bertanding bagi kerusi itu selepas Dr Streram dilarang memasuki pusat penamaan calon untuk menyerahkan borang pencalonannya kerana tertinggal pas yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). – HARAKAHDAILY 30/3/2019

rt13

- Advertisement -