Pastikan Tok Mat pertahan Dun Rantau

- Advertisement -

SEREMBAN: Lagu Semboyan nyanyian penyokong BN menggegarkan ruangan luar pekarangan pusat penamaan calon, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Bandar Seri Sendayan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Rantau.

- Advertisement -

Tidak kurang ucapan politik Umno dan PAS mengisi segenap ruang diikuti dengan tepukan gemuruh warga penyokong Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Terngiang-ngiang jeritan dalam kalangan penyokong Umno berkata kisah permusuhan antara Umno dan PAS kini dalam lipatan sejarah.

Kata mereka (penyokong Umno) kini merupakan tugas dan tanggungjawab mereka dan pengundi Rantau untuk membalas semula bakti khidmat calon BN, Dato’ Seri Mohamad Hasan yang juga mantan Menteri Besar Negeri Sembilan.

Kata mereka lagi, jasa dan bakti Mohamad atau lebih mesra dengan panggilan Tok Mat layak diangkat dengan memastikan Dun Rantau kembali menjadi milik beliau.

Ujar mereka, ini merupakan ‘signal’ kepada kerajaan Pakatan Harapan bahawa rakyat sedang bersatu menolak polisi kerajaan hari ini yang banyak tidak menyebelahi rakyat.

“Pakatan hancing!” jerit mereka.

Doa dibacakan dan diaminkan sekuat hati oleh para penyokong Tok Mat sebagai azam yang tinggi agar Dun Rantau dipertahankan Tok Mat. – HARAKAHDAILY 30/3/2019

rt11

- Advertisement -