Konvensyen PAS Sabah ke arah perkuat kesatuan

- Advertisement -

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah akan menganjurkan konvensyen peringkat negeri Sabah pada 10 Mac 2019.

- Advertisement -

Konvensyen ini dijangka akan menghimpunkan lebih daripada 500 ahli mewakili PAS kawasan seluruh negeri Sabah.

Konvensyen yang bertemakan Kesatuan Membawa Kekuatan ini akan turut dihadiri oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Dalam konvensyen itu nanti, Presiden akan menyampaikan amanat dan dialog bersama dengan perwakilan.

Antara objektif utama konvensyen kali ini adalah untuk menghimpunkan ahli PAS bagi mendengar amanat dan pesanan daripada Presiden selepas berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada bulan Mei 2018. Ini adalah kunjungan pertama Presiden selepas PRU-14.

Kami amat yakin banyak perkara dan pesanan yang akan diberikan oleh Presiden. Ditambah pula dengan keadaan semasa di mana pelbagai pihak membuat tuduhan terhadap PAS.

Walau bagaimanapun saya yakin Presiden akan memberi penekanan kepada soal kekuatan ummah dan keadilan dalam pentadbiran.

MOHD AMINUDDIN ALING
Pesuruhjaya PAS Sabah
7 Mac 2019 – HARAKAHDAILY 7/3/2019

- Advertisement -