Apa tujuan tular konspirasi guling MB T’ganu

- Advertisement -

BANYAK yang bertanya saya, betulkah berita yang ditular, ada konspirasi hendak guling Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Menteri Besar Terengganu.

- Advertisement -

idrisSaya jawab, harap yang buat kerja durjana ini manusia yang memang tidak beriman kepada Allah dan tidak percaya syurga dan neraka. Memang jenis manusia ini tidak kisah apa yang ia lakukan.

Apa tujuan berita ini ditularkan.

1. Hendah alih isu perhimpunan ICERD 8 Disember 2018

2. Cuba hendak memburukkan peribadi Tuan Guru Haji Abdul Hadi secara berterusan. Tetapi masih tidak terkesan. Sebaliknya peribadi buruk mereka yang terserlah.

3. Dengki dengan perkembangan Kerajaan Terengganu yang terus maju ke hadapan.

4. Dengki dengan kepimpinan Kerajaan Terengganu yang berwibawa dan cemerlang di bawah kepimpinan Dr Ahmad Samsuri.

5. Cuba hendak memecah perpaduan kepimpinan PAS .

6. Hendak tutup manifesto PH yang tidak tertunai.

7. Sudah kekeringan modal.

8. Dedak dan sagon baru turun.

USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS
4 Disember 2018 – HARAKAHDAILY 4/12/2018

- Advertisement -