Kes edar Bible hanya dakwa separuh jalan

WAN ROHIMI
- Advertisement -

KOTA BHARU: Warga asing yang disyaki mengedar pen dan buku tertera pernyataan daripada kitab Bible sehingga sekarang dikatakan tidak dikenakan sebarang tindakan.

- Advertisement -

Timbalan Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS Pusat, Wan Rohimi Wan Daud berkata, individu terlibat yang ditahan di Langkawi pihak berkuasa baru-baru ini dihantar pulang ke negara asal.

Katanya, mubaligh terbabit tidak dikenakan sebarang tindakan perundangan di negara ini.

Malah menurutnya, dakwaan di mahkamah juga terpaksa ditangguhkan kerana arahan Pejabat Peguam Negara supaya menarik balik kes tersebut.

” Peguam Negara pun tahu kes yang mengedarkan Bible oleh warga asing. Saya ingat bulan lepas ditangkap pihak berkuasa.

“Mereka didakwa di mahkamah separuh jalan, Pejabat Peguam Negara arahkan tarik balik kes tersebut dan mereka dihantar pulang ke negara asal,” katanya pada ceramah jerayawara Bantah ICERD di Medan Ilmu Ketereh Pasar Peringat malam tadi.

Program itu dianjurkan NGO Ummah. Turut hadir Adun Melor Dr Md Yusnan Yusoff, Timbalan Ketua Umno Bahagian Gua Musang Amran Arifin dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jeli, Dato’ Abdullah Ya’kob. – HARAKAHDAILY 4/12/2018

- Advertisement -