Keputusan STAM sekolah Yik meningkat

- Advertisement -
KOTA BHARU: Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan (Yik) 2017 meningkat berbanding tahun sebelumnya.
 
Peningkatan itu sebanyak 0.93 peratus apabila seramai 1,217 orang atau 62.22 peratus daripada keseluruhan 1,956 calon lulus peperiksaan itu.
 
Seramai 139 pelajar mendapat pangkat Mumtaz (cemerlang), manakala
seramai 343 pelajar Jayyid Jiddan (amat baik), Jayyid (baik) – 587 pelajar dan Maqbul (lulus) – 148 orang.
 
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Muhammad Awang berkata, seramai 19 pelajar mendapat 10 Mumtaz untuk semua mata pelajaran.
 
“Berdasar Gred Purata Sekolah (GPS) Maahad Muhammadi Perempuan menduduki tempat pertama apabila memperolehi (2.15), Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman (2.46) dan Maahad Tahfiz Al Quraan Wal Qiraat (2.73),” ujarnya pada sidang media di Pejabat Yik di Nilam Puri hari ini.
 
Hadir sama pada sidang media itu anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan dan pegawai kanan Yik. – HARAKAHDAILY 18/1/2018
- Advertisement -