Kelantan catat lebihan 2017 RM38 juta

- Advertisement -

KERAJAAN negeri dijangka mendapat lebihan (surplus) hasil sebanyak RM38.76 juta tahun lepas berbanding defisit sebanyak RM33.47 juta pada 2016.

- Advertisement -

Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat berkata, prestasi hasil dan perbelanjaan mengurus pada 2017 amat memberangsangkan.

Katanya, perkembangan itu merupakan pencapaian terbaik dalam tempoh 26 tahun.

”Sebelum ini pencapaian lebihan yang direkodkan sebelum ini RM44.03 juta pada tahun 1990, RM0.17 juta (1993), RM6.23 juta (1995) dan  RM13.13 juta (1999),” katanya.

Sehubungan itu beliau mengucap tahniah kepada Perbendaharaan Negeri kerana berjaya mengurus kewangan dengan cekap. – HARAKAHDAILY 4/1/2018

- Advertisement -