Ameerah santuni pengundi di Felda Jerangau

- Advertisement -
DUNGUN: Ameerah Dun Bukit Besi telah mengadakan program ziarah dan sumbangan dalam usaha menyantuni para pengundi di Felda Jerangau, di sini semalam.
 
Program tersebut menjadi sebahagian daripada pelbagai usaha mendekati pengundi dalam hasrat merealisasikan kemenangan PAS di Terengganu pada PRU14 nanti.
 
Pada ziarah diadakan itu, rombongan PAS turut berkesempatan mendengar pelbagai permasalahan diutarakan penduduk, selain menyelami isu-isu asas dihadapi mereka.
 
Ameerah Bukit Besi turut menghulurkan sumbangan berupa barangan dapur dalam hasrat meredakan sedikit tekanan penduduk yang terbeban dengan kos sara hidup tinggi kini.
 
Sementara itu menurut Setiausaha PAS UPU Felda Jerangau, Mohd Suhaimi Zangi, menerusi program seumpama itu diharap berlaku anjakan paradigma pengundi dalam mencetuskan perubahan pada PRU nanti. – HARAKAHDAILY 4/1/2018
- Advertisement -