Fastaqim 2.0: Mesej rakyat untuk kerajaan

fast1
- Advertisement -
KUALA NERUS: Fastaqim 2.0 bukan hanya berhimpun, sebaliknya untuk rakyat membawa mesej penting pada kerajaan.
 
Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan, berkata rakyat berhimpun untuk membawa mesej pada kerajaan khususnya berkaitan kelonggaran pimpinan menangani isu umat Islam akhir-akhir ini.
 
Ketika ditemui, beliau memberitahu, pesta arak dan LGBT antara yang mencabar maruah Islam dan seharusnya ditangani segera.
 
“Kerajaan hari ini tidak tegas menjaga kemurnian Islam kerana itu isu berkenaan mudah berlaku,” ujarnya.
 
Katanya, himpunan Fastaqim ini juga turut menentang sebarang perlakuan yang melanggar hukum syariat.
 
Tegasnya, pihak mereka berhimpun bukan hanya suka-suka, sebaliknya menyatakan mesej pada kerajaan perkara yang rakyat inginkan.
 
Menurutnya, kenaikkan harga barang dan minyak yang tidak menentu mencemaskan masyarakat seluruhnya.
 
“Kesalahan jenayah diperingkat remaja dan kanak-kanak begitu membimbangkan. Remaja di peringkat juvana lagi yang perlu ditangani.
 
“Kerajaan BN diharap dapat maklumat jelas dari himpunan ini kerana kami bukan hanya untuk berhimpun semata-mata,”ujarnya. – HARAKAHDAILY 30/9/2017
 
- Advertisement -