Fastaqim 2.0 hantar isyarat ke Wisma Darul Iman

- Advertisement -

GELOMBANG hijau di Fastaqim.2.0 bukan lagi sekadar omongan. Di ceruk mana pantai Tok Jembal boleh ditemui anak-anak muda memakai T bertulis, “Hijau Menuju Kemenangan”.

- Advertisement -

Malah gelombang hijau sudah mendarat di Terengganu. Bukan lagi membadai di tengah Laut China Selatan.

Awas Datuk Seri Ahmad Razif, Wisma Darul Iman nampak seperti tidak selamat lagi sekarang.

”Kalau pilihan raya diadakan di padang sama rata, sejarah yang menimpa Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad pada 1999 boleh berulang.

“Ahmad Razif tidak boleh lagi memandang enteng dengan gelombang hijau yang membadai sekarang,” kata seorang penduduk dari Batu Rakit.

Baginya momentum kebangkitan rakyat Terengganu dengan gelombang hijau tidak mampu lagi dihalang.

Dari Kemaman ke Besut gelombang hijau semakin jelas. Isyarat perubahan rakyat Terengganu semakin nyata.

Seorang lagi penduduk tempatan dari Kemaman memberitahu Fastaqim 2.0 menjadi detik bersejarah.

”Saya mengambil peluang datang ke Pantai Tok Jembal untuk bersama ratusan ribu pendukung PAS dari seluruh negara.

“Biarpun isteri tidak bersama kerana anak hendak masuk asrama petang ni, saya datang juga dengan dua anak.

”Saya tidak mahu melepas peluang untuk bersama gelombang hijau,” katanya yang terpaksa menghayun langkah bersama anaknya lebih 1 km.

Deretan kereta boleh ditemui di segenap jalan menghala ke Pantai Tok Jembal. Begitu juga penunggang  motosikal mengenakan t shirt bertulis Fastaqim menghijau jalan raya.

Tidak kurang anak anak muda menunggang motosikal sambil mengibar bendera bulan purnama. Begitu juga perempuan separuh usia dengan megah memakai vest Fastaqim.

Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, M.Balasubramanian menyimpulkan gelombang hijau sedang menuju kemenangan. – HARAKAHDAILY 30/9/2017

WismaDaA 1

WismaDaA 2

- Advertisement -