Arakan: Pentingnya umat peduli politik

- Advertisement -
KANGAR: Sejarah menunjukkan bahawa Kesultanan Kerajaan Islam Arakan telah wujud sejak kurun ke-14 (1345M) dan diperintah sehingga kurun ke-18 (1784M)
 
Di mana terdahulu Islam diterima dengan meluas di Arakan sejak dari kurun ke-9 (877M) lagi iaitu sewaktu pemerintahan Khalifah Harun Al-Rashid.
 
Demikianlah antara ringkasan sejarah Arakan oleh Pengarah Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief), Muhammad Sanusi Md Nor pada Himpunan Fastaqim dan Pelancaran Jentera PRU14 PAS Kawasan Kangar, di Kompleks PAS Perlis (KOMPAS), baru-baru ini.
 
Menurutnya, antara turut dikisahkan adalah bumi Arakan pernah disinggahi Sahabat Rasulullah yang tersohor iaitu Saiyidina Saad Abi Waqas untuk berdakwah, dalam perjalanannya ke China. 

{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

- Advertisement -

“Ada pihak cuba menulis sejarah Rohingya seolah-olah Myanmar tidak pernah dikenali sebagai Burma, di mana Arakan bukan nama asal Rakhine State.
 
“Bagaimana etnik yang mendiami Arakan sejak seribu tahun dikatakan berasal dari sebuah negara lain yang hanya wujud pada 1971?
 
“Tuduhan-tuduhan pelik kepada Muslim Rohingya yang baru muncul di media internet adalah sejenis propaganda politik,” bidasnya dan menyifatkan Kerajaan Myanmar mahu menghalalkan kekejaman terhadap etnik itu.
 
Katanya, mereka telah bertahun-tahun cuba memadamkan sejarah Islam di Arakan dan kaitannya dengan Muslim Rohingya
 
Manakala kini menurutnya, muncul pula usaha mewajarkan perlakuan persis haiwan malah lebih teruk sehingga tidak difikirkan oleh akal yang waras ke atas etnik Rohingya.
 
Jelasnya, muslimah dirogol banyak kali kemudian di bunuh, pemuda dibakar hidup-hidup, orang tua dan kanak-kanak dibunuh dengan kejam.
 
Oleh itu beliau menyeru agar jentera PAS turun memahamkan rakyat supaya menjadi orang yang peduli politik.
 
“Jika kita tidak peduli politik negara kita, tidak mustahil suatu hari Malaysia juga turut akan menerima nasib yang sama seperti yang berlaku kepada Muslim Rohingya.
 
“Mereka merasa selesa apabila dapat hidup dengan baik di bumi Arakan dan akhirnya orang bukan Islam sedikit demi sedikit mula menguasai tampuk kepimpinan.
 
“Umat Islam disibukkan dengan perkara perkara seperti ibadah, ekonomi, hiburan dan sebagainya untuk melalaikan kita dari memikirkan soal politik negara.
 
“Setoi, Thailand pada satu masa dahulu adalah satu negeri di bawah Negeri Perlis, Tak Bai termasuk Negeri Kelantan, Petani pernah dikuasi Kedah tetapi akhirnya telah jatuh ke tangan Thailand akibat dari kekuasaan politik,” ujarnya memahamkan.
 
Demikian itu tegas Sanusi, pentingnya umat Islam khususnya orang Melayu untuk peduli hal politik supaya anak cucu seterusnya akan terus menerajui kepimpinan Malaysia khasnya.{/mprestriction}
- Advertisement -