5 penghargaan yang pernah diraih Dr Zakir Naik

- Advertisement -

ZAKIR NAIK, seorang ulama berasal dari India yang kini banyak dibicarakan dunia. Melalui ceramah dan tulisannya yang luar biasa. Ia mampu menyeru segala jenis masalah dalam kehidupan di dunia kembali pada asas Al-Quran dan Hadis, sebagai sumber segala petunjuk.

- Advertisement -

Georgetown University, Amerika pada tahun 2011 hingga 2015 menerbitkan senarai umat Muslim berpengaruh di dunia. Dalam senarai itu, Zakir Naik menduduki tempat ke-70 senarai daripada 500 umat Muslim berpengaruh di seluruh dunia selama berturut turut.
 
Maka tidak hairanlah, Dr. Zakir Naik banyak dikagumi oleh orang-orang di seluruh dunia, terutama ulama di Indonesia seperti Ustadz Yusuf Mansur, Ustadz Arifin Ilham, KH Abdullah Gymnastiar, sehingga Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla.

Selama 20 tahun lebih berdakwah, Zakir Naik mendapatkan berbagai penghargaan dari pelbagai negara atas kecintaannya terhadap Islam dan konsisten mencerdaskan umat.

Penghargaan pertama, Kerajaan Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud pada tahun 2015 menganugerahkan penghargaan ‘King Faisal International Prize’ kepada Dr. Zakir Naik, semacam hadiah Nobel pada kategori ‘Perkhidmatan kepada Islam’.

Hadiah terdiri dari sijil penghargaan, 200 gram pingat emas dengan 24 karat, dan 750 ribu riyal Saudi atau 200 ribu dolar AS. Seluruh hadiah wang diterima Zakir Naik, disumbangkan untuk program Wakaf, Peace TV Network.

Kedua, Shaikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE) menganugerahkan ‘Islamic Personality of 2013’ kepada Dr. Zakir Naik dalam acara penghargaan berprestij Dubai International Al-Quran Award pada 29 Julai 2013.  

Penghargaan tersebut diberikan atas perkhidmatan yang luar biasa Zakir Naik terhadap Islam dan umat Islam pada peringkat global di media, pendidikan dan filantropi.

Hadiah yang diterima dari UAE, 1 juta dirham 272 ribu dolar AS. Ia sumbangkan untuk Wakaf dana pembuatan media Peace TV Network. Dr Zakir ketika itu berusia 47 tahun merupakan penerima anugerah termuda.

Ketiga, Syeikh Dr. Sultan bin Mohammed Al Qasimi, Penguasa di Sharjah, memberikan penghargaan ‘Sharjah Award’ kepada Dr Zakir Naik pada untuk perkhidmatan sukarela kepada Islam pada skala antarabangsa, 16 Januari 2014.

Keempat, Dr Yahya Jammeh, Presiden Republik Gambia memberi Dr Zakir Naik lencana anugerah kebangsaan tertinggi dari Komander Nasional Republik Gambia di Gambia pada 15 Oktober 2014.

Kelima, Dr. Zakir Naik juga mendapatkan penghargaan dari kerajaan Malaysia. Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah  menganugerahkan penghargaan tertinggi dari Malaysia ‘Tokoh Ma’al Hijrah Distinguished International Personality Award for the Year 2013’ untuk perkhidmatan dan sumbangan yang signifikan pada perkembangan Islam pada 5 November 2013. Ia menerima sebuah plakat yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Malaysia Mohd Najib Razak. Demikian dilansir Gulalives, Khamis (14/4/2016).

- Advertisement -