
KUALA TERENGGANU: Mercu tanda ikonik di Bukit Besar yang menjadi antara simbol kebanggaan rakyat Terengganu akan dibina semula bermula Julai ini dan dijangka siap sepenuhnya pada Disember depan.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu dahlah semalam pasal semalam dia hantar dia hantar dia hantar semalam dalam tu semalam suka, Dato’ Hanafiah Mat berkata, projek itu melibatkan pembinaan semula struktur yang sebelum ini memaparkan tulisan ‘Allah Peliharakanlah Terengganu’ yang telah dirobohkan bulan lalu atas faktor keselamatan.
Menurut beliau, kerja-kerja awal akan dimulakan dengan penyediaan tapak dan pembinaan struktur keluli oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) selepas mendapat kelulusan kerajaan negeri.
“Semua keputusan berkaitan projek ini telah dibincangkan dan dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada malam pada Rabu.
“Mercu tanda baharu itu akan memaparkan tulisan ‘Ya Allah Berkatilah Terengganu’ selepas mendapat kelulusan daripada Mufti Negeri Terengganu,” katanya memetik laporan Terengganu Darul Iman (TRDI), pada Khamis.
Hanafiah berkata, kos pembinaan semula mercu tanda berkenaan dianggarkan RM3.11 juta yang akan dibiayai menerusi peruntukan kerajaan negeri serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Beliau berkata, kerajaan negeri sebelum ini turut meneliti beberapa cadangan pembinaan termasuk daripada pihak swasta, namun memutuskan untuk tidak meneruskan cadangan yang dikemukakan syarikat telekomunikasi, CelcomDigi.
“Cadangan itu tidak diteruskan kerana terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi selain kos yang dicadangkan lebih tinggi dan kurang sesuai dengan keperluan kerajaan negeri,” katanya.
Terdahulu pada 13 Mei lalu, mercu tanda yang menjadi identiti Kuala Terengganu sejak lebih tiga dekad itu telah dirobohkan selepas pemeriksaan mendapati strukturnya berada dalam keadaan uzur dan tidak lagi selamat.
Menurut Hanafiah, hasil pemeriksaan teknikal mendapati struktur berkenaan telah melebihi jangka hayat reka bentuk selain mengalami hakisan dan pengaratan yang ketara akibat pendedahan berterusan kepada udara laut.
Beliau menyatakan, kerja-kerja penyelenggaraan serta menaik taraf sistem pencahayaan juga tidak dapat dilaksanakan kerana platform sedia ada didapati tidak lagi selamat digunakan.
“Pembinaan semula mercu tanda ini diharap dapat mengembalikan identiti ikonik Bukit Besar serta terus menjadi simbol kebanggaan rakyat Terengganu di samping menjadi tarikan kepada pengunjung,” katanya. – HARAKAHDAILY 5/6/2026











