
TEHRAN: Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) mengumumkan bahawa ia telah menjalankan serangan peluru berpandu dan dron balas terhadap ibu pejabat Armada Kelima AS dan sasaran tentera Amerika yang lain sebagai tindak balas terhadap tindakan pencerobohan berulang oleh AS.
“Lewat malam tadi, tentera AS yang agresif menyerang sebuah kapal tangki minyak Iran berhampiran Selat Hormuz dengan projektil udara, menyebabkan kerosakan pada kapal di kawasan bilik enjin,” tegas Pejabat Perhubungan Awam IRGC dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada awal pagi Rabu (3 Jun), lapor agensi berita Iran.
Kenyataan itu menambah bahawa ia adalah ‘sebagai tindak balas kepada pencerobohan AS dan pelanggaran peraturan yang mengawal Selat Hormuz, sebuah kapal musuh Amerika-Zionis Israel dikenali dengan nama Panaya, yang telah telah disasarkan oleh peluru berpandu yang dilepaskan oleh Tentera Laut IRGC.
“Dalam tindakan pencerobohan yang diperbaharui, musuh Amerika menyasarkan menara komunikasi IRGC di selatan Pulau Qeshm dengan projektil udara.
“Sebagai tindak balas terhadap pencerobohan ini, pangkalan udara dan helikopter mereka (AS) yang ditempatkan di salah satu negara di rantau ini, serta pusat Armada Kelima AS, telah diserang peluru berpandu dan dron oleh Pasukan Aeroangkasa IRGC,” jelas kenyataan itu lagi.
IRGC selanjutnya menyatakan bahawa pihaknya sebelum ini telah memberi amaran bahawa sekiranya berlaku pencerobohan, tindak balas akan berbeza dan lebih berat, dan itulah yang kami lakukan. Tindak balas ini sepatutnya menjadi pengajaran.”
“Kami menegaskan bahawa mengganggu keselamatan Selat Hormuz akan membawa akibat yang besar kepada tentera AS yang agresif,” tegas kenyataan itu. – HARAKAHDAILY 3/6/2026











