‘Bersubahat dengan Israel tidak dimaafkan’-Iran

Netanyahu lawati UAE semasa AS-Israel serang Iran

- Advertisement -

TEHRAN: Menteri luar Iran bertindak balas terhadap pendedahan bahawa Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini menjadi tuan rumah kepada lawatan Perdana Menteri Israel di tengah-tengah pencerobohan AS-Israel terhadap Iran, dengan menyifatkan bersubahat dengan Israel tidak boleh dimaafkan.

- Advertisement -

“(Benjamin) Netanyahu kini telah mendedahkan secara terbuka apa yang telah disampaikan oleh perkhidmatan keselamatan Iran kepada kepimpinan kami sejak sekian lama,” tulis Abbas Araqchi dalam satu catatan di X pada Rabu selepas Netanyahu mendedahkan telah membuat lawatan itu susulan hari perrama pencerobohan tanpa provokasi Amerika Syarikat-Israel ke atas Iran pada 28 Februari lepas.

Menurut kenyataan pejabat negara haram itu, telah mengadakan pertemuan dengan Presiden UAE Mohammed bin Zayed Al Nahyan semasa lawatan itu.

“Permusuhan dengan rakyat jelata Iran adalah satu perjudian yang bodoh. Bersubahat dengan Israel dalam berbuat demikian, tidak boleh dimaafkan.

“Mereka yang bersubahat dengan Israel untuk menyemai perpecahan akan dipertanggungjawabkan,” tegas Araqchi.

Satu sumber Reuters bahawa kedua-dua Netanyahu dan Al Nahyan telah mengadakan pertemuan pada 26 Mac 2026 di bandar Al Ain di UAE, berhampiran sempadan Oman.

Menurut sumber itu lagi, pertemuan tersebut berlangsung selama beberapa jam.

Pendedahan itu dibuat di tengah-tengah laporan yang semakin meningkat tentang kemungkinan kolaboras Israel-UAE semasa pencerobohan ke atas Iran tersebut.

Pada hari Isnin, The Wall Street Journal pula melaporkan bahawa UAE telah menjalankan beberapa siri serangan ‘rahsia’ terhadap Iran semasa pencerobohan Amerika-Israel itu.

Penyerang telah menggunakan secara meluas pangkalan tentera, kakitangan dan peralatan Amerika yang ditempatkan di negara-negara pantai Teluk Parsi, termasuk UAE, Qatar, Bahrain, Kuwait dan Arab Saudi, serta Jordan, untuk menjalankan serangan terhadap Iran.

Sebagai tindak balas, Iran melancarkan sekurang-kurangnya 100 gelombang serangan balas yang tegas yang mengenai sasaran strategik Amerika dan Israel di seluruh negara tersebut dan di seluruh wilayah yang diduduki.

Republik Islam Iran telah berulang kali memberi amaran kepada negara-negara yang membantu penyerang agar tidak terus membenarkan wilayah mereka digunakan sebagai tempat pementasan untuk pencerobohan haram tersebut.

Iran juga menyatakan bahawa menempatkan aset dan anggota tentera milik musuhnya serta memudahkan serangan terhadap negara itu akhirnya telah menimbulkan rasa tidak selamat di negara-negara tersebut dan bukannya demi kepentingan mereka. – HARAKAHDAILY 14/5/2026

- Advertisement -