Hina Sahabat RA: Isu dan orang yang ditegur

- Advertisement -

ALHAMDULILLAH bukan sahaja musuh yang jahil, ulama luar, tetapi sesama ahli partipun tegur kalau ada kesalahan yang dilakukan dalam PAS, tidak kira pimpinan atau ahli biasa. Membuktikan kecintaan yang tinggi dalam jiwa ahli PAS terhadap Islam.

Lebih dari itu, kalau mengikut sejarah, PAS akan mengambil tindakan keras kepada ahlinya yang terang-terang melakukan kesalahan, contoh seorang pimpinan yang berjoget dalam majlis kerajaan, telah dipecat keahliannya.

Dalam setiap muktamar juga berapa banyak teguran yang dibuat secara terbuka atas segala macam hal yang dilihat tidak menepati kehendak yang ditetapkan. Itu biasa, tebal juga wajah pimpinan bila terkena.

- Advertisement -

Dan sebagai kerajaan yang memerintah juga PAS tidak terkecuali ditegur, dan lagi teruk dibelasah kalau berbuat salah kerana rakyat bukan ahli parti, tiada walak dan terdiri dari berbagai latar belakang.

PAS menerima dan membaiki sedaya upaya apa sahaja kelemahan yang munasabah kerana PAS sedar hal yang betul dalam politik itu adalah wajib semuanya dilakukan tanpa gagal. Sementara kesalahan mentadbir, dalam politik, ianya wajib dihindari, tidak boleh ada silap kerana itulah kehendak rakyat.

Begitulah PAS.

Tetapi….

Beranikah PAN tegur pimpinan mereka yang menuduh Rasulullah berbohong dalam peristiwa Hudaibiyah, bersetuju dengan program maksiat seperti October Fest sebagai contoh kecil?

Beranikah Umno tegur pimpinan mereka sendiri sewaktu ada isu agama, menghina hudud, salah laku, rasuah, menganiaya rakyat dengan menafikan hak negeri-negeri pembangkang?

Beranikah PKR tegur pimpinan mereka apabila mungkir janji dari mula memerintah sehingga sekarang?

Dan beranikah dia orang semua itu dalam Kerajaan Madani melawan kehendak DAP yang bersalahan dengan agama? Dalam masa yang sama kita tahu telur-telur mereka sedang dipegang oleh DAP.

Kes pijak tahi cicak yang budak Umno kata hukumnya batal wuduk dulupun dia orang senyap sampai ke sudah, tak tegur, atau mungkin tak tahu hukum tu tak batal. Begitulah cara pemeliharaan mereka terhadap Islam.

Apa lagi hendak melarang perjudian, riba semua itu yang ada kalangan pimpinan mereka sendiri yang melakukannya dan hendak menegur pemerintah dia yang mungkir janji secara terang-terangan?

Tegur sebab mereka kurang kuasa, adalah. Sebab hendak kerusi lebih lagi untuk ramai yang gila untuk memiliki kuasa, ada. Hendak jawatan tinggi, ada. Sampai ugut mahu keluar, letak jawatan semua itu sebab kuasa kurang atau ada kes mahkamah yang mahu dilepaskan.

Berani dia tegur pasal penyelewengan zakat Perlis? Eh, ni isu lain, ini isu lama, senyap lama dah geng-geng tu, ini baru boleh keluar semula, boleh bernafas. Dengan pantas, habis semua dalil hadis, quran, cepat sungguh dia orang keluarkan. Nasib baik tidak terkeluar hadas saja.

Yalah sebab hendak laksana amar makruf nahi mungkarkan, tetapi sayang tengok atas kes dan orang yang terpilih juga, bukan semua mereka tegur, walaupun kes besar.

Kena sebelah dia, ana rasa, ana tak tahu, ana itu, ana ini atau paling tidakpun jawapannya, alah kes dalam siasatan lagi, kita tunggulah siasatan diselesaikan.

Saya pernah sebut dahulu, dalam mainan politik, yang mengaku tidak berparti, konon tidak main politik, lagilah teruk mainan politik dia. Tetapi begitulah, tak akan hendak mengaku yang diapun sama perangai dengan orang politik yang dia kutuk tu, kan?

Hendak buat parti, tidak yakin ada sokongan, jadilah lalang, kejap kiri, kejap kanan, mana yang untung dia belasah. Populis kata orang. Ataupun menenggek atas kuasa orang lain. Guna nama institusi bagi perlindungan elak diserang.

Kalau tidak percaya, cuba sebut pula isu ibu bapa Rasulullah Islam atau tidak kerana mereka meninggal sebelum wahyu diturunkan. Maka akan berkelahi semula mereka. Kemudian angkat semua isu zakat yang diselewengkan, tengok cara balasan mereka sama atau tidak dengan isu keislaman kedua ibu bapa Rasulullah.

Asatizah kalau berkelahi, meriah juga, lebih-lebih golongan yang konon mendakwa diri mereka bebas dan berpihak kepada ‘kebenaran’ sahaja itu.

Lalu saya teringat kisah sekumpulan ulama yang mengangkat jubah mereka kerana ada seorang ulama yang berani menegur raja yang zalim, sedang mereka sedang menikmati hidangan yang lazat dari raja itu, disebabkan takut terpercik darah dari kepala ulama yang menegur itu jika dipancung sang raja.

Siapa agaknya ulama yang berani itu? Kelihatannya ramai ada di dalam PAS. PMX tersenyum lega. Sekurang-kurang banyak isu yang boleh dialihkan.

MOHD NASIR ABDULLAH
13 Mei 2026 – HARAKAHDAILY 13/5/2026

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -