Menteri Israel labelkan Kesatuan Eropah ‘antisemitisme’

- Advertisement -

BRUSSELS: Menteri Keselamatan Negara haluan kanan Israel, Itamar Ben Gvir, telah mengecam Kesatuan Eropah (EU) dan melabelkannya sebagai ‘antisemitisme’ selepas blok itu mengenakan sekatan ke atas peneroka haram Israel atas keganasan terhadap rakyat Palestin.

- Advertisement -

“Mengharapkan kesatuan antisemitisme membuat keputusan moral adalah seperti mengharapkan matahari terbit di barat.

“Kesatuan Eropah (EU) cuba ‘mengikat tangan mereka yang mempertahankan diri’,” dakwanya menerusi platform X, lapor TRT World.

Ia adalah susulan pengumuman EU pada Isnin yang bersetuju mengenakan sekatan baharu terhadap pendatang haram Israel ekoran keganasan terhadap rakyat Palestin, selepas kebuntuan selama beberapa bulan.

Ketua Dasar Luar EU, Kaja Kallas menerusi platform media sosial X berkata para menteri luar negara anggota EU telah meluluskan langkah tersebut.

“Sudah tiba masanya kita beralih daripada kebuntuan kepada pelaksanaan. Ekstremisme dan keganasan membawa akibat,” katanya.

Keputusan itu dibuat ketika keganasan pendatang haram Israel dan peluasan penempatan haram mereka semakin meningkat di Tebing Barat yang diceroboh rejim Zionis.
“Sudah tiba masanya kita beralih daripada kebuntuan kepada pelaksanaan,” kata Kallas.
EU bagaimanapun masih belum menerbitkan butiran individu dan entiti yang akan disasarkan dalam sekatan baharu itu.
Sementara Menteri Luar Perancis, Jean-Noel Barrot menerusi platform X pula berkata EU mengenakan sekatan terhadap pertubuhan utama Israel dan pemimpin mereka kerana menyokong ‘penjajahan ekstremis dan ganas di Tebing Barat’
“Tindakan ‘serius dan tidak boleh diterima’ itu mesti dihentikan segera,” tegasnya

Terdahulu, tujuh peneroka atau organisasi haram Israel telah disenaraihitamkan, menyebabkan rejim Zionis mengutuk langkah-langkah baharu itu, dengan menegaskan bahawa orang Yahudi mempunyai hak untuk menetap di Tebing Barat yang dicerobohinya itu.

Menteri Luar Israel, Gideon Saar sebelum ini menyiarkan di X mendakwa bahawa EU telah memilih untuk mengenakan sekatan secara ‘sewenang-wenangnya dan bermotif politik’.

Sementara Ben Gvir sebelum ini menegaskan bahawa ‘usaha penempatan (pendatang haram Israel’ tidak akan terhalang’, dan berikrar untuk terus ‘membina dan mempertahankan di seluruh (apa yang didakwanya sebagai) tanah Israel’. – HARAKAHDAILY 12/5/2026

- Advertisement -