Kalah perangi Iran: Rakyat AS rugi lebih USD37.3 bilion

Susulan kenaikan harga bahan api di Amerika Syarikat

- Advertisement -

WASHINGTON: Serangan pencerobohan Amerika Syarikat-Israel ke atas Iran telah menyebabkan rakyat AS menanggung kerugian lebih daripada USD37.3 bilion dalam harga tenaga tambahan, menurut angka daripada kajian yang diterbitkan pada Isnin.

Penjejak Kos Tenaga Perang Iran (Iran War Energy Cost Tracker) dari Sekolah Hal Ehwal Antarabangsa dan Awam Watson Universiti Brown dalam kenyataannya berkata bahawa rakyat AS telah membayar kira-kira USD37,346,893,483 dalam harga tenaga tambahan sejak 28 Februari 2026, hari pertama serangan pencerobohan AS dan Israel secara mengejut ke atas Iran.

- Advertisement -

Data dikemas kini dalam masa nyata dengan jumlah terus meningkat setiap saat, lapor Anadolu Agency, sebahagian besar kos tambahan mencecah USD20.41 bilion telah dibayar untuk petroleum manakala diesel menyumbang hampir USD17 bilion.

“Purata isi rumah AS telah membayar USD285.10 lebih sebulan untuk kedua-dua petrol dan diesel.

“Ini merupakan perbelanjaan yang datang terus daripada poket rakyat Amerika Syarikat, dan orang ramai boleh menggunakan penjejak ini untuk membantu merancang kos tambahan yang mungkin timbul daripada perjalanan darat atau percutian musim panas,” kata ketua projek Universiti Brown, Jeff Colgan dalam satu kenyataan tersebut ketika peralatan itu dilancarkan pada pertengahan April lepas.

Perang itu, dan keputusan tindakan balas Iran untuk menutup Selat Hormuz yang kritikal, telah menyebabkan harga tenaga global melonjak mendadak. Hari ini, kos petrol berada pada USD4.520 segelen di AS, lebih 50 peratus lebih tinggi berbanding ketika perang bermula dengan harga yang ketika itu berada di bawah USD3 segelen, tambah kenyataan penjejak berkenaan.

Selat Hormuz merupakan salah satu titik penyekat maritim terpenting di dunia, yang menghubungkan Teluk Parsi dengan Teluk Oman dan Laut Arab.

Gangguannya yang berpanjangan telah meningkatkan tekanan ke atas pelabuhan serantau, jadual perkapalan dan rantaian bekalan global yang telah pun tegang akibat risiko keselamatan yang berkaitan dengan perang Iran.

Selain menutup selat itu, Iran membalas serangan menyasarkan penempatan tentera AS di negara-negara sekutu Washington di rantau Asia Barat, termasyk infrastruktur tenaga kritikal di sekali gus meningkatkan lagi kesan ekonomi akibat konflik yang dimulai pakatan pencerobohan haram AS-Israel itu. – HARAKAHDAILY 12/4/2026

- Advertisement -