
BISHKEK, Kyrgyzstan: China mengesahkan semula sokongannya terhadap kedaulatan, keselamatan dan maruah negara Iran semasa pertemuan dengan seorang pegawai tinggi Iran
Dalam pertemuan di luar sesi menteri pertahanan SCO di Kyrgyzstan, Timbalan Menteri Pertahanan Iran, Brigadier Jeneral Reza Talaee Nik dan Menteri Pertahanan China, Dong Jun, telah mengadakan perbincangan mengenai situasi konflik perang di Asia Barat yang berkaitan dengan Iran.
Dong Jun dalam kenyataannya berkata, Beijing akan terus, seperti dahulu dan sedia ada, menyokong penuh dalam mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan maruah Iran.
China menyeru agar gencatan senjata segera dan penuh diwujudkan dalam perang Amerika Syarikay-Israel menyerang Iran, menyatakan sokongan untuk semua usaha berkesan yang bertujuan untuk memulihkan keamanan dan menekankan bahawa pertikaian harus diselesaikan melalui cara politik dan diplomatik.
“China juga bersedia untuk meneruskan usaha mengurangkan ketegangan dan meningkatkan hubungan antara negara-negara serantau, dengan tujuan memainkan peranan yang membina dalam mencapai keamanan dan kestabilan yang berkekalan di Timur Tengah,” katanya. – HARAKAHDAILY 30/4/2026











