Era dominasi AS berakhir: Kenyataan tegas Iran

Ayatollah Ahmad Marvi ketika berucap pada majlis perasmian 12 projek kebangsaan Yayasan Razavi Karamat di Mashhad, Iran.
- Advertisement -

TEHRAN: Amerika Syarikat gagal mencapai mana-mana objektifnya dalam perang pencerobohannya terhadap Iran, menekankan bahawa negara itu telah pun muncul sebagai pemenang.

Ketua penjaga makam suci Imam Reza, Ayatollah Ahmad Marvi berkata demikian, sambil menegaskan bahawa perang pencerobohan AS-Israel baru-baru ini sebagai tindakan yang dipaksakan dan membuli, yang akan berakhir dengan kemenangan untuk Iran.

- Advertisement -

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian 12 projek kebangsaan Yayasan Razavi Karamat, yang diadakan di Mashhad, di sini pada Selasa.

Ulama itu juga menyatakan bahawa Iran setakat ini telah menang, sambil menambah bahawa AS, bersama-sama dengan ‘rakan subahatnya yang kejam dan berhati keras’, iaitu rejim Zionis Israel menyerang Iran tetapi gagal mencapai mana-mana matlamat mereka.

“Musuh-musuh Iran mengalami pukulan teruk, kehilangan reputasi mereka, dan imej serta ilusi status kuasa besar AS runtuh,” tegasnya.

Ayatollah Marvi juga menegaskan bahawa era di mana Amerika Syarikat boleh mengerahkan tentera ke mana sahaja yang dikehendaki dan membawa negara-negara di bawah dominasinya telah berakhir.

“(Kuasa) AS tersekat di Iran dan dikalahkan kerana ia gagal dan akan gagal mencapai mana-mana objektifnya,” tegasnya lagi.

Beliau seterusnya menekankan peranan rakyat Iran dalam pembinaan semula pasca perang, memuji kehadiran orang ramai dalam perhimpunan awam pada waktu malam untuk menyokong Republik Islam sebagai langkah yang terpuji.

Ulama itu menyeru rakyat Iran untuk meneruskan kehadiran mereka dengan kekuatan dan skala yang sama sehingga keputusan akhir.

“Selepas kemenangan ke atas pihak musuh, semua usaha harus ditujukan untuk membina semula dan membaiki kerosakan yang disebabkan oleh perang pencerobohan mereka/

“Seperti yang dinyatakan oleh mantan Pemimpin Iran, Almarhum Ayatollah Seyed Ali Khamenei, sokongan ilahi telah ditakdirkan untuk rakyat Iran dan kekuatan, maruah, dan daya tahan mereka akan terus berkembang,” katanya. – HARAKAHDAILY 28/4/2026

- Advertisement -