
ISTANBUL: Trafik maritim kekal berterusan di Selat Hormuz meskipun terdapat sekatan Amerika Syarikat di laluan air strategik tersebut, namun dengan kesesakan yang semakin meningkat di Teluk.
Sejak sekatan bermula pada hari Isnin jam 5.30 petang waktu tempatan di Iran (1400GMT), lapor Anadolu Agency, sebanyak 14 kapal telah memasuki Teluk dan tujuh kapal telah keluar dari selat tersebut dalam tempoh ini.
Laporan itu berkata, sebanyak 21 kapal melalui selat tersebut, manakala 13 kapal kekal di sana sehingga 1300GMT pada hari Selasa, menurut statistik yang ditampilkan Anadolu Agancy daripada sumber berkaitan.
“Empat daripada kapal tersebut adalah kapal tangki, termasuk kapal pukal kering berbendera Liberia, Christianna; kapal tangki minyak berbendera AS, Rich Starry dan Murlikishan; dan Peace Gulf yang berbendera Panama,” ujar laporan itu.
Setakat hari Selasa, kira-kira 2,000 kapal dilaporkanterperangkap di bahagian Teluk, dan sekitar 400 kapal sedang menunggu untuk memasuki Teluk melalui Hormuz.
Data daripada MarineTraffic pula menunjukkan bahawa kapal-kapal yang dibenarkan oleh AS juga melalui selat tersebut.
Terdahulu, Angkatan Tentera Laut AS dilaporkan telah mengadakan sekatan di sepanjang garisan antara Teluk Gwadar dan Ras al Hadd, di mana trafik kapal yang berat telah berterusan sejak operasi bermula.
Dalam pada itu, kenyataan TankerTraffic menegaskan bahawa sesetengah kapal menyiarkan isyarat sistem pengenalan automatik (AIS) palsu untuk menyembunyikan identiti mereka. – HARAKAHDAILY 15/4/2026











