
PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dalam sidang media terbaharunya di Rumah Putih berkata Amerika Syarikat akan menyerang Iran secara besar-besaran dalam tempoh 2-3 minggu ini dan akan menyebabkan mereka (Iran) kembali ke ‘zaman batu’. Jika tidak ada perjanjian dimaterai, Amerika Syarikat akan melancarkan serangan ke atas seluruh loji janakuasa elektrik di Iran.
Tentera Iran atau IRGC terus ‘menghujani’ negara haram Israel dengan serangan peluru berpandu balistik dan dron yang menyasarkan Tel Aviv, Haifa, Jerusalem, Beit Shemesh, Negev, Haifa, Eilat, Beersheba, Galilee, Ramat Gan, Petah Tivka dan lain-lain tempat lagi. Serangan ke atas Tel Aviv semalam mengakibatkan sebuah bangunan runtuh sepenuhnya dengan seorang pendatang yahudi dilaporkan mati dan 5 orang lagi dilaporkan cedera.
Tentera Iran atau IRGC terus melancarkan serangan udara dan dron ke atas aset-aset strategik dan pangkalan tentera Amerika Syarikat di Bahrain, UAE, Qatar, Kuwait, Arab Saudi, Jordan dan Erbil di wilayah Kurdistan termasuk pangkalan tentera udara Victoria di Baghdad, Iraq.
Hizbullah terus melancarkan serangan peluru berpandu dan dron ke atas negara haram Israel dan kedudukan tentera penjajah rejim Zionis Israel dengan menyasarkan serangan ke atas Tel Aviv, Galilee, Haifa, Kiryat Shmona, Ashdod, Maalot Tarshisha, Shlomi, Nahariya, Naqoura, Avivim, Metula, Zar’it, Malikiya, Ainata, Taybeh, Yir’on, Ainata, Qantara, Rshaf dan sebahagian besar wilayah utara negara haram Israel.
Hizbullah turut melancarkan serangan peluru berpandu ke atas pangkalan tentera laut Stella Maris dan pangkalan tentera Nesharim di Haifa, pangkalan tentera Tefen di Acre, pangkalan tentera Meron dan kedudukan sistem pertahanan udara di Safad. Hizbullah juga turut melancarkan serangan ke atas pangkalan tentera udara Palmachim, Regavim dan Ein Shemer di negara haram Israel.
Sebuah helikopter milik tentera rejim penjajah Zionis Israel telah berjaya ditembak jatuh oleh Hizbullah di Yaroun, Selatan Lubnan. Dilaporkan berlaku pertempuran sengit antara anggota Hizbullah dengan tentera penjajah rejim Zionis Israel di sempadan Selatan Lubnan-negara haram Israel di Ainata, Beit Lif, Deir Siryan, Qantara, Taybeh, Al-Qouzah, Shamaa dan Naquora.
Tentera udara Amerika Syarikat dan negara haram Israel terus melancarkan serangan udara ke atas Iran dengan menyasarkan Tehran, Tabriz, Isfahan, Shiraz, Zanjan, Bandar Abbas, Lapangan Terbang Antarabangsa Mashhad, Karaj dan lain-lain tempat lagi.
Tentera udara negara haram Israel terus melancarkan serangan udara ke atas Lubnan dengan menyasarkan Beirut, Tyre, Bint Jbeil, Nabatieh, Al-Ramadiyah, Tiri, Hasbaya, Marjeyon, Shebaa, Zibdine dan sebahagian besar bandar di selatan Lubnan.
Jurucakap Tentera Yaman atau Ansarullah, Yahya Saree mengumumkan bahawa Yaman telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Selatan negara haram Israel hari ini.
Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmail Baghaei menafikan dakwaan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bahawa Iran telah meminta untuk diadakan gencatan senjata.
Media negara haram Israel melaporkan bahawa dalam tempoh 24 lalu seramai 72 orang pendatang haram Yahudi cedera berikutan serangan daripada Iran dan Hizbullah.
CBS melaporkan semenjak bermulanya peperangan dengan Iran, 16 dron MQ-9 tentera udara Amerika Syarikat telah musnah akibat serangan sistem pertahanan udara Iran. Setiap satu dron MQ-9 bernilai USD30 juta dengan nilai keseluruhan kerugian dianggarkan melebihi USD500 juta.
UAE telah menggesa PBB untuk membenarkan langkah, termasuk penggunaan ‘kekerasan’ (tindakan ketenteraan) untuk membuka kembali Selat Hormuz dengan berusaha untuk memohon penggunaan Bab 7 Piagam PBB.
The Financial Times melaporkan bahawa Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengancam untuk menghentikan bekalan senjata kepada Ukraine melainkan jika Eropah membantu dalam operasi ketenteraan ke atas Iran.
“Kembali Kepada Penyelesaian Islam”
DR MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa PAS Pusat
ADUN Batu Buruk
13 Syawal 1447H / 2 April 2026 – HARAKAHDAILY 2/4/2026











