
DENTUMAN segala maknika roket dihala kepada Iran oleh syaitan besar dunia sehingga membunuh ramai pimpinan utama serta sosok pemain pertahanan negara. Sebahagian negara-negara Arab bersama Amerika Syarikat dan Israel dalam perang Timur Tengah yang sedang merobek kedamaian itu.
Ummah sangat jauh daripada kesatuan dan inilah yang menjadi kerinduan kepada khilafah yang memayungi ummah. Tidak tertahan di lubuk hati Islamis, selama lebih satu abad kita kehilangan penjaga dunia Islam sehingga dibidak catur oleh kuasa imperialis Barat, menjadi terpencar dan hilang kekuatan tanpa ruh Islam.
Secara rasminya, 102 tahun lalu saat kuasa besar dunia, empayar Pax Britanica mengakar dan menjulang kesombongan dengan menjarah sebahagian besar dunia, kerajaan Islam yang berjasa besar selama lebih 600 tahun memayungi bumi umat Islam akhirnya tumbang. Lihat sahaja kubangan darah di Gaza, lebih dua tahun pembantaian tanpa ada kuasa Islam yang menyekat darah yang tumpah, seperti mana dahsyatnya kerancuan berfikir ummah pasca kejatuhan Khilafah Uthmaniah.
Sekularisme menajisi tempurung otak majoriti umat Islam akibat pembaratan kuasa penjajah serta kelemahan akliah akibat perancangan musuh Islam.
Ramai yang tidak menyedari tarikh 3 Mac ialah sejarah pilu ummah, akibat runtuhnya sebuah kerajaan Islam yang telah memayungi sarwajagat dunia Islam termasuk alam Melayu. Kerajaan Islam yang berpusat di Turki itu melingkari jauh kekuasaannya sehinggalah ke Balkan di Eropah. Slogan ‘Di mana adanya laungan azan, maka di situlah tanah air kami’ akhirnya menjadi sejarah pilu ummah. Dua tahun lepas, penulis berada di Bam Pram, Songkla, Thailand di mana ditunjukkan kuburan syuhada dari bumi Turki yang turut berjuang bersama ulama besar, Sheikh Abdul Samad Palimbani menentang penjarahan tentera Siam ke atas Pattani Darus-Salam. Juga sejarah umat Islam Terengganu dalam kebangkitan rakyat Terengganu, mereka juga telah mengibarkan bendera Khilafah Uthmaniah semasa bangkit menentang penjajah British.
Negara Turki terletak di Asia kecil dan di sebelah tenggara benua Eropah. Kedudukan Turki memang unik, kerana sebahagian besar wilayahnya terletak di dalam Asia, dan sebahagian kecilnya terletak di Eropah. Kedua-dua wilayah yang terpisah ini dihubungkan dengan jambatan yang merentasi Selat Bosporus.
Turki mempunyai sejarah panjang sebagai pusat pemerintahan Islam yang menaungi sebahagian besar umat Islam. Khilafah Uthmaniah Turki diasaskan oleh Uthman Orthogol, berada di zaman kemuncak semasa pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fatih, khalifah ketujuh yang telah berjaya menawan Kota Konstantinopel daripada Byzantin. Khilafah Uthmaniah menjaga dunia Islam, menebarkan dakwah dan jihad ta’lim, bahkan mencetak kitab-kitab thurath untuk alam Nusantara ini.
Kehebatan kerajaan Uthmaniah mulai beransur lemah diakibatkan oleh perancangan jahat orang-orang Yahudi Dunnama, di mana mereka ini telah memeluk Islam dengan niat untuk menghancurkan Islam dari dalam, seumpama gunting dalam lipatan. Golongan Yahudi juga telah memegang jawatan-jawatan penting dalam kerajaan Turki. Kemuncak perancangan mereka ialah golongan Yahudi merancang untuk menghancurkan Khilafah Islam. Golongan Yahudi antarabangsa melalui gerakan Freemason yang menguasai media massa telah menonjolkan Mustafa Kamal yang berdarah Yahudi sebagai sosok pahlawan yang akan membangunkan Turki baru yang bebas daripada dogma agama.
Media massa juga telah memainkan peranan penting memburukkan kerajaan Uthmaniah Turki terutama kecacatan peribadi khilafah yang bergelumang dengan keseronokan. Di Turki, telah ditubuhkan ‘The Young Turks’ pada tahun 1908 dan gerakan Yahudi ini digerakkan dengan bantuan Freemason.
Kucuran dana daripada Yahudi dan kuasa Barat memotori pergerakan The Young Turks ini; golongan ini sangat agresif untuk menggulingkan Sultan Abdul Hamid II. Sosok khalifah ini digambarkan lemah, tidak kompeten serta menumpukkan hutang luar negara Turki, walhal Abdul Hamid berjaya menjaga tanah Palestine, juga benteng terakhir umat Islam.
Di negara-negara Arab lain pula semangat Nasionalisme Arab telah ditiupkan dengan menganggap kerajaan Turki sebagai penjajah. Negara Barat berusaha meniupkan semangat negara bangsa kepada negara-negara Arab. Melalui semangat Nasionalisme Arab inilah Turki mahu dipisahkan daripada saudara-saudara Islam lainnya di seluruh dunia. Watak oportunis ini dilakonkan dengan jayanya oleh Lawrence Arabia, menghasut penguasa-penguasa Arab agar membebaskan diri daripada Uthmaniah.
Perancangan keji Yahudi ini akhirnya berjaya meruntuhkan khilafah secara rasmi pada 3 Mac 1924. Mustafa Kamal telah naik ke takhta kuasa dan mula menunjukkan kebenciannya terhadap agama Islam dan orang-orang yang beriman.
Seluruh dasar kerajaan sekular Turki moden telah dipisahkan daripada Syariat Islam. Impaknya ngeri kepada seluruh ummah yang melemah. Kejatuhan Islam yang telah memayungi umat selama lebih 600 tahun ini akhirnya telah mewajahkan dunia Islam yang baru; kemunculan negara bangsa akibat pemetaan baru dunia Islam dengan arkitek utamanya ialah empayar Pax Britanica dan Perancis.
Negara umat Islam juga telah difaraidkan dan menuju titik kelemahan paling parah dengan pelebaran faham ilmaniah atau sekularisme. Umat Islam dijajah dan mengalami keterpurukan nilai serta tersudut dalam semua sektor sehingga memunculkan fahaman Pan-Islamisme untuk mendobrak hegemoni Barat.
Empat tahun selepas kejatuhan Khilafah Uthmaniah juga menyaksikan Imam Hasan Al-Banna menubuhkan Ikhwanul Muslimin untuk mengembalikan semula pemerintahan Islam, seterusnya gerakan Islam ditubuhkan di bumi umat Islam yang lain. Jamiat Islami ditubuhkan di sub-continent, MASYUMI di Indonesia, Hizbul Muslimin di Malaya, an-Nur di Turki dan pelbagai gerakan Islam kontemporari yang lain.
Tanggal 3 Mac 1924 adalah monumental pilu dan sejarah luka umat Islam. Ianya akan kembali sembuh dengan ummah kembali berjuang untuk mengembalikan ketuanan Islam – Islam yang berdaulat, negara yang mendukung syariat serta menjadi pembenteng kepada agama Allah sebagaimana yang telah dilakarkan dalam sejarah Khilafah Uthmaniah.
Seluruh umat Islam di serata dunia wajib menggabungkan diri mereka bersama gerakan Islam yang berjuang untuk menegakkan kembali pemerintahan Islam, mendobrak ideologi kufur.
Dirgahayu Khilafah Islam, kami merindui payungan Islam dan kerajaan Islam yang berdaulat!
DR RIDUAN MOHAMAD NOR
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
Pengerusi LESTARI – HARAKAHDAILY 4/3/2026











