
SEBELUM itu perlu difahami taktik ‘decapitation strike’ (serangan pancung) yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel merujuk kepada strategi ketenteraan yang bertujuan melumpuhkan sesebuah negara atau organisasi dengan menghapuskan kepimpinan tertingginya.
Hal yang sama pernah berlaku terhadap Syria, Libya, Iraq dan Iran (dalam perang-perang sebelumnya) walaupun tidak terzahir secara langsung.
Bagi Amerika Syarikat, taktik ini digunakan terhadap Iran untuk memusnahkan struktur arahan dan kawalan melalui beberapa operasi utama.
Pembunuhan pemimpin tertinggi Iran (2026) dalam operasi ‘Operation Epic Fury’ (bersama rejim Israel menerusi Operation Roaring Lion), AS dilaporkan telah melancarkan serangan udara besar-beras yang menyasarkan kediaman dan pejabat Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, yang membawa kepada kematiannya pada 28 Februari 2026.
Penghapusan komander tentera, selain pemimpin politik, serangan ini turut menyasarkan komander kanan Pasukan Pengawal Revolusi Islam (IRGC) untuk mematahkan keupayaan tentera Iran dalam menyelaraskan tindak balas atau menguruskan proksi serantau mereka.
Contoh klasik taktik ini dalam perang terhadap Iran sebelumnya adalah pembunuhan Jeneral Qasem Soleimani di Baghdad pada Januari 2020. Beliau merupakan arkitek strategi ketenteraan luar Iran, dan penghapusannya bertujuan melemahkan pengaruh Iran di Timur Tengah secara serta-merta.
Tujuan utama ‘dicaptitation’ adalah ‘pertukaran rejim’ (regime change), mencipta vakum kuasa dengan harapan rejim pemerintahan sedia ada akan runtuh atau diganti oleh pihak yang lebih pro-Barat.
Amerika Syarikat beranggapan tanpa ‘kepala’ (pemimpin), unit-unit tentera di bawahnya (pemimpin-pemimpin Iran) sukar untuk bertindak secara ‘koheren’, sekali gus mengurangkan risiko perang besar-besaran yang berpanjangan.
Selain itu ia bertujuan ‘tekanan psikologi’, menunjukkan bahawa tiada pemimpin yang selamat daripada teknologi perisikan dan serangan tepat AS. – (rujukan CSIS, Center for Strategic and International Studies).
Walau bagaimanapun, taktik ini sangat berisiko kerana boleh mencetuskan balas dendam yang mendalam (seperti ikrar balas dendam oleh Iran) dan ketidakstabilan serantau yang tidak menentu, serangan balas yang lebih mematikan. Amerika Syarikat berjaya secara taktikal, namun gagal dalam menghentikan serangan balas seterusnya.
Kegagalan strategik (matlamat akhir) dan kelangsungan pemerintahan Iran, walaupun pemimpin utama terbunuh, taktik ini tidak semestinya membawa kepada pertukaran rejim.
Iran mempunyai struktur kepimpinan yang berlapis dan prosedur penggantian yang telah ditetapkan bagi meminimumkan gangguan. Setiap serangan besar biasanya diikuti dengan serangan balas. Iran telah bertindak balas dengan melancarkan peluru berpandu dan dron ke arah aset AS serta sekutunya di rantau tersebut (seperti di Qatar dan Israel serta negara Arab lain).
Sebenarnya serangan asing sering menyebabkan rakyat Iran ‘berkumpul di bawah bendera’ (rally around the flag), di mana sokongan terhadap kerajaan Iran meningkat akibat semangat nasionalisme menentang pencerobohan luar. – (Center for American Progress).
Taktik AS ini meningkatkan risiko perang serantau yang lebih besar, menjejaskan pasaran minyak global, dan memberi kesan keselamatan kepada negara-negara Teluk yang menjadi tuan rumah kepada pangkalan AS.
Kesimpulannya secara taktikal, operasi ini dianggap berjaya kerana mampu menghapuskan sasaran utama. Namun, secara strategik, ia masih belum mencapai kemenangan mutlak kerana pemerintahan Iran sering menyesuaikan diri dan terus memberikan tentangan, selain mencetuskan risiko peperangan yang lebih luas dan lebih berbahaya.
Rujukan pelbagai,
SALMAN AL FARISY
Pengamat antarabangsa – HARAKAHDAILY 2/3/2026
Sumber Asal: https://www.facebook.com/share/p/1LSKBjXqa2/
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.











