Israel–AS serang Iran, asap tebal selubungi Tehran

- Advertisement -

TEHRAN: Israel dan Amerika Syarikat melancarkan serangan terancang ke atas beberapa sasaran di Iran hari ini, menandakan peningkatan dramatik selepas berminggu-minggu tekanan ketenteraan yang memuncak serta kebuntuan diplomasi.

Media Iran melaporkan beberapa peluru berpandu mengenai kawasan sekitar University Street dan Jomhouri Street di Tehran, manakala saksi memaklumkan asap tebal menjulang dari beberapa bahagian bandar itu sejurus dentuman kuat kedengaran.

- Advertisement -

Sementara wartawan Al Jazeera di lokasi melaporkan, asap jelas kelihatan tidak lama selepas letupan berlaku, dan pelutu berpandu turut dilaporkan menghampiri kawasan pejabat Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Khamenei.

Agensi berita Tasnim pula melaporkan letupan berlaku di kawasan utara Tehran, termasuk daerah Seyyed Khandan, menunjukkan skala serangan yang lebih meluas daripada laporan awal.

Terdahulu Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, dilaporkan sebagai menyifatkan tindakan itu sebagai langkah prapertahanan bagi ‘menghapuskan ancaman terhadap Israel.

Beliau berkata operasi berkenaan adalah sebahagian usaha menghalang Iran daripada meningkatkan ancaman terhadap keselamatan wilayah.

Susulan serangan itu, siren kecemasan dibunyikan di Israel, manakala tentera negara berkenaan mengeluarkan ‘amaran proaktif’ kepada orang ramai berhubung kemungkinan serangan balas menggunakan peluru berpandu atau dron.

Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Israel dilaporkan mengumumkan penutupan ruang udara kepada semua penerbangan awam dan menasihatkan orang ramai supaya tidak menuju ke lapangan terbang sehingga keadaan kembali selamat.

Dalam perkembangan berkaitan, Kedutaan Amerika Syarikat di Qatar mengarahkan semua kakitangannya berlindung di lokasi masing-masing serta menasihatkan warganya supaya mengambil langkah keselamatan susulan potensi risiko berantai akibat ketegangan yang semakin meningkat.

Menurut pegawai pertahanan Israel yang dipetik Reuters, serangan itu dirancang beberapa bulan lebih awal, manakala tarikh pelancarannya ditetapkan beberapa minggu lalu, sekali gus menunjukkan persediaan taktikal menyeluruh oleh Israel dan sekutunya.

Susunan YUSMAN AWANGHARAKAHDAILY 28/2/2026

- Advertisement -