Keengganan MPS menerima memorandum rakyat amat dikesali

- Advertisement -

HARI ini rakyat melalui gabungan NGO cuba nak hantar memorandum kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bagi mencadangkan beberapa solusi kepada MPS sebagai penyelesaian kepada isu pembinaan rumah ibadah tanpa kelulusan dalam kawasan pentadbiran MPS.

Dahlah memorandum tak diterima, mereka disuruh berundur dan bersurai pula. Memang melampau betullah MPS ini. Sedangkan mereka hadir bukan nak buat kacau. Nak serah memorandum saja pun.

- Advertisement -

Sebelum ni dahlah kecoh MPS buat kerja sambil lewa. Bila Yayasan Kubra minta campur tangan MPS, dia suruh Yayasan Kubra urus sendiri tanah dia. Bila Yayasan Kubra urus sendiri, habis kena tangkap polis.

Sebagai Yang Dipertua (YDP) MPS, anda adalah pihak berkuasa tempatan yang rakyat harapkan untuk selesaikan isu yang semakin panas ni. Ini juga peluang anda tunjuk kepada rakyat yang MPS serta Kerajaan Negeri Selangor cakna terhadap isu ni. Ajak wakil mereka masuk dan anda dengar luahan mereka.

Yalah mereka pun faham, tak boleh selesai terus. Tapi bila anda turun santuni mereka, sejuklah hati mereka yang hadir. Ada positif respons dari MPS. Ini anda biar mereka berdiri tengah panas dalam bulan Ramadan. Anda suruh mereka bersurai. Eh… lagilah panas hari mereka. Akal mana akal?

YDP MPS, ands berat punggung sangat ke sampai malas nak bangun dari kerusi empuk anda dan turun berjumpa dan santuni rakyat yang hadir. Tengok papan iklan belakang itu lagi bikin panas. Cukai rakyat anda nak, jumpa rakyat anda tak nak.

Minta maaf saya kasar, tapi pada saya MPS dan Kerajaan Negeri Selangor ni tak gagal selesaikan isu ini, malah memanaskan isu ni.
Pada saya Yang Dipertua MPS ini elok Menteri Besar Selangor pecat sajalah. Kalau Menteri Besar Selangor tak nak pecat, elok Menteri Besar selangor pecat diri dia sekali dengan YDP MPS. Sama-sama gagal urus isu ini.

Salam hormat,

IR TS DR NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF – HARAKAHDAILY 27/2/2026

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -