Amal Malaysia agih 3,000 al-Quran wakaf di Chad

Norazman (bersongkok) dan Dr Alias bersama anak-anak Chad yang menerima al-Quran wakaf sumbangan rakyat Malaysia di Amleyouna, Abeche, Chad.
- Advertisement -

ABECHE, CHAD: Terkesan dengan pembelajaran anak-anak umat Islam di Afrika yang tidak mempunyai mushaf al-Quran sempurna, Yayasan Amal Malaysia meneruskan pengagihan al-Quran wakaf di Chad.

Terkini, sebanyak 3,000 mushaf al-Quran wakaf diagihkan di tiga lokasi di Abeche di wilayah Ooudai, yang terletak 1,000 kilometer dari ibu negara Chad, N’Djamena.

- Advertisement -

Al-Quran wakaf sumbangan rakyat Malaysia itu diagihkan melalui misi ‘Amal 4 Sudan’ yang berada di Chad sejak minggu lalu.

Penyampaian al-Quran wakaf di Masjid Darul Salam, Madrasah Sheikh Tahir, DarSalam dan Madrasah Ibnu Abbas, Kampung Amleyouna di Abeche itu disempurnakan Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia, Norazman Ishak.

Turut hadir Bendahari Amal Kedah, Dr Alias Md Isa dan sukarelawan, Syed Azwan Syed Ali.

Yayasan Amal Malaysia terus membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyumbang di dalam TABUNG WAKAF AL-QURAN sempena bulan Ramadan ke dalam akaun berikut dengan harga RM30 senaskah.

MAYBANK
5521 8952 4357
Yayasan Amal Malaysia
Ref: Wakaf Al-Quran

Misi ‘Amal 4 Sudan’ turut menyaksikan pengagihan bantuan makanan kepada pelarian Sudan di Abeche yang lari dari konflik perang saudara sejak April 2023. – HARAKAHDAILY 20/2/2026

- Advertisement -