
KUALA LUMPUR: Sempena sambutan pada hari ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jeras, Dato’ Dr Ab Halim Tamuri tidak ketinggalan mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua yang meraikan, khususnya kaum Tionghua di negara ini.
“Semoga tahun ini mendatangkan kebahagiaan, kesejahteraan serta kesihatan yang baik,” katanya dalam satu kenyataan di media sosialnya.
Beliau menyatakan, semoga di musim perayaan ini hubungan sesama keluarga terus erat serta segala hajat tercapai.
“Mulakan tahun ini dengan semangat yang berkobar dan harapan baharu,” ucapnya.
Terdahulu juga, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor bersama ‘team’ Pusat Khidmat ADN Paya Jaras telah menagihan buah limau mandarin kepada komuniti setempat melibatkan kawasan pagi, Pasaraya Hero, serta beberapa restoran sekitar Kampung Baru Subang.

“Buah limau ini mungkin sekadar simbol, namun yang lebih utama ialah ingatan dan penghargaan.
“Ia tanda kita saling meraikan, saling menghormati dan terus memelihara keharmonian yang kita kecapi bersama,” ucapnya.
Beliau juga berharap, semoga usaha tersebut menjadi jambatan yang mengeratkan lagi silaturahim dalam komuniti kita.
“Kita mungkin berbeza budaya, tapi nilai hormat dan muhibbah itu milik bersama.
“Terima kasih kepada semua yang menerima dengan senyuman, dan kepada team yang sentiasa komited menjayakan misi kecil penuh makna ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 17/2/2026











