Parlimen tempat paling penting PMX jawab isu serah tanah Indonesia

- Advertisement -

AHLI-ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim telah membangkitkan di Dewan Rakyat pada Khamis lepas mengenai dakwaan tiga kampung di kawasan Nunukan berhampiran sempadan Sabah-Kalimantan yang dahulunya milik Indonesia yang kini dimasukkan ke dalam sempadan negara.

- Advertisement -

Menurut Awang, Indonesia dalam masa yang sama dikatakan memperolehi tambahan keluasan wilayah seluas 5,207 hektar tanah yang dikatakan dimeterai dalam Mesyuarat Bersama Malaysia-Indonesia yang berlangsung pada 18 Februari 2025.

Perkara ini berbangkit hasil daripada beberapa laporan secara meluas dalam media-media Indonesia, antaranya pada pautan di bawah ini:

https://en.tempo.co/read/2082222/three-nunukan-villages-move-to-malaysian-territory?utm_source=chatgpt.com#google_vignette

Malangnya, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) dalam kenyataan kepada wartawan pada Jumaat berkata, beliau tidak perlu untuk menjawab perkara itu di Parlimen.

Beliau dalam kenyataan penuh beremosi itu turut memburuk-burukkan pembangkang sebagai ‘pembohong, menggunakan nama Islam untuk menipu’ dan sebagainya.

Pendirian PMX mengenai isu ini adalah pelik kerana sepatutnya sebagai Perdana Menteri, Parlimen adalah tempat paling utama dan paling penting untuk menjawab dakwaan seperti ini.

Ini kerana apa-apa kenyataan yang dibuat di dalam Parlimen adalah sesuatu yang penuh pertanggungjawaban, malah menjadi suatu ‘kesalahan fatal’ untuk memberi kenyataan salah di dewan yang mulia itu.

Perikatan Nasional Melaka menyokong desakan Ahli Parlimen Pendang agar PMX menjawab dan menjelaskan perkara itu di Parlimen secepat mungkin.

Sekiranya PMX tidak berani untuk menggunakan Parlimen sebagai platform untuk mencerahkan perkara ini akan memberi persepsi negatif bahawa dakwaan tersebut kemungkinan besar adalah benar.

BAKRI JAMALUDDIN
Ketua Penerangan Perikatan Nasional Negeri Melaka
Ahli Parlimen Tangga Batu – HARAKAHDAILY 2/2/2026

- Advertisement -