PAS hapus kaum lain jika berkuasa, tuduhan melampau

DAP hilang kuasa, nasib kaum bukan Melayu tetap PAS jaga

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kenyataan berbaur perkauman yang mengaitkan kuasa politik dengan ancaman terhadap sesuatu kaum adalah satu dakwaan serius yang tidak wajar dilontarkan, apatah lagi jika ia datang daripada individu yang memegang jawatan Menteri.

- Advertisement -

Ketua Penerangan PAS Pusat menegaskan, jika benar terjemahan kenyataan ‘Jika DAP hilang kuasa, PAS akan hapuskan bangsa Cina’ seperti yang diterjemahkan oleh seorang pempengaruh dalam videonya, ia boleh dianggap sebagai antara kata-kata paling rasis pernah diucapkan oleh seorang pemimpin kerajaan.

Ahmad Fadhli Shaari bertegas, persoalan utama yang perlu dijawab ialah sama ada ucapan sedemikian boleh diterima dalam sebuah negara majmuk yang berasaskan prinsip Perlembagaan dan keluhuran undang-undang.

“Bayangkan jika ada pihak menyebut, sekiranya parti-parti tertentu berkuasa penuh, Islam akan dihapuskan sama sekali. Bukankah kenyataan seperti itu akan segera disiasat bahkan berkemungkinan membawa kepada pendakwaan?” soalnya lanjut dalam satu hantaran di media sosial.

Fadhli merujuk kepada satu video oleh seorang pempengaruh yang mendedahkan bagaimana seorang Menteri DAP yang sering menanam kebencian dalam kalangan bangsa China terhadap PAS.

Malah, pemimpin DAP tersebut menggunakan bahasa Cina supaya orang Melayu tidak memahami apa yang diucapkannya. Oleh itu, pempengaruh itu berkata tidak hairanlah jika bangsa Cina terus berasa takut dan panik terhadap PAS akibat termakan racun daripada DAP.

Beliau menterjemahkan satu tulisan yang tersebar di media berbahasa Cina yang bermaksud ‘Masyarakat Cina harus berwaspada terhadap potensi bahaya walaupun dalam keadaan aman.’

Pempengaruh itu turut menggesa agensi penguatkuasaan mengambil tindakan sewajarnya kerana jika tidak, DAP akan terus berani melakukan perbuatan menghasut seumpama ini. – HARAKAHDAILY 1/2/2026

- Advertisement -