‘Glamping’ LGBTQ: 101 NGO bantah, beri amaran tegas

- Advertisement -

SHAH ALAM: Kebersamaan 101 badan bukan kerajaan (NGO) telah menyuarakan bantahan keras terhadap penganjuran program perkhemahan mewah (glamping) yang dilihat mempunyai unsur lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ) di negeri ini.

- Advertisement -

​Jurucakap kumpulan tersebut yang juga Setiausaha Ummah Selangor, Mohd Yusof Abdullah berkata, penganjuran program seumpama itu jelas bercanggah dengan undang-undang Syariah negeri Selangor sendiri.

​Tegas beliau, ia secara terang-terangan melanggar Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, khususnya Seksyen 25 (Perbuatan liwat), Seksyen 26 (Musahaqah), Seksyen 28 (Perbuatan tidak sopan di tempat awam) dan Seksyen 29 (Perbuatan yang mendorong kepada maksiat).

​”Walaupun program ini mungkin cuba diselindungkan atas nama ‘rekreasi’ atau ‘privasi’, hakikatnya sebarang penganjuran, promosi atau normalisasi gaya hidup LGBTQ secara terbuka adalah bertentangan dengan roh dan tujuan enakmen tersebut.

​”Undang-undang ini digubal untuk menjaga akhlak, ketenteraman awam dan maruah Islam di Selangor,” katanya dalam satu kenyataan media bersama hari ini.

​Menurut Mohd Yusof, gerakan LGBTQ ini dilihat cuba menghantar isyarat bahawa mereka tidak tunduk kepada undang-undang sedia ada serta ketua agama negeri, iaitu Sultan Selangor.

​Jelasnya, tindakan tersebut dilihat mencabar kerajaan negeri yang sepatutnya mempertahankan undang-undang dan enakmen diluluskan oleh kerajaan itu sendiri.

​”Kami menegaskan bahawa penolakan ini adalah terhadap fahaman dan agenda songsang tersebut, bukan kebencian terhadap individu. Justeru, polis tidak wajar diletakkan sebagai ‘pengawal keselamatan’ kepada program yang menimbulkan keresahan majoriti rakyat,” ujarnya.

​Beliau turut mendesak Kerajaan Negeri Selangor supaya menguatkuasakan undang-undang Syariah secara konsisten dan tidak bersikap selektif atau ‘pilih bulu’.

​Tambahnya, gabungan NGO tersebut memberi amaran bahawa sebarang percubaan menormalisasikan agenda LGBTQ di Selangor adalah satu cabaran terbuka terhadap autoriti undang-undang Syariah negeri.

​”Agenda ini akan ditentang secara berterusan oleh masyarakat yang mempertahankan agama, moral dan masa depan generasi akan datang,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 11/1/2026

Senarai NGO

1. Kelab Sosal dan Kebajikan Puncak Alam (iCare)

2. Pertubuhan Anggerik Care

3. Yayasan Ilmiah Selangor

4. ⁠Persatuan Muballighat Negeri Selangor

5. ⁠MCG (Pertubuhan Pencinta Muslim Sedunia).

6. ⁠Hidayah Centre Foundation (HCF)

7. Yayasan Pendidikan al-Quran bagi Anak Istimewa (FAQEH)

8. ⁠BAKEWANIS

9. ⁠Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)

10. ⁠Kota Raja Care (KRC)

11. TASK (M)

12. ⁠Persatuan Belia Masjid Selangor

13. ⁠Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia

14. ⁠Sahabat Muslimat Saidatina Aishah

15. ⁠Muslim Volunteer Malaysia

16. ⁠Persatuan Inspirasi Muallaf

17. Persatuan Kanak-kanak Istimewa Bangi

18. Pertubuhan Pendakwah Darul Ehsan

19. ⁠Muslim Care Malaysia

20. WADAH Selangor

21. Yayasan Kasih Tauhid

22. Papisma Cawangan Selangor

23. ⁠Persatuan Kebajikan AL Fattah

24. Pertubuhan Mawaddah Malaysia

25. Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor

26. Yayasan ARISMA

27. Pertubuhan Ummah Malaysia ( PUMA )

28. Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH)

29. Persatuan Kebajikan Wanita Islam Selayang, Selangor (PERKAWANIS)

30. ⁠HALUAN Cawangan Selangor

31. ⁠Persatuan Dayak Muslim Selangor (PDMS)

32. Persatuan Cina Muslim He-Ping

33. Persatuan Sahabat Universal Malaysia (PSUM)

34. ⁠UMMAH Selangor

35. Persatuan Halwanis Selangor

36. Pertubuhan Mesra Prihatin Hulu Langat

37. Pertubuhan Isteri-isteri Anggota Pengurusan Hulu Langat (PENYERI)

38. Persatuan Nisa’ Hulu Langat

39. Pertubuhan Kebajikan Hulu Langat Sejahtera

40. Yayasan al mukhlisin Kuala Langat

41. Pertubuhan Sahabat Pendidik Islam Selangor(PENSEL)

42. Rumah kasih harmoni paya jaras

43. Pusat jagaan Nur Hasanah

44. Pusat jagaan Mahmudah Malaysia

45. Pertubuhan guru kafa SABAK BERNAM

46. PERTUBUHAN KEBAJIKAN WARGA EMAS AL-FATTAH

47. PERSATUAN BANTUAN MASYARAKAT MALAYSIA

48. PERTUBUHAN MULTAQA ASATIZAH DAN DU’AT (MURSHID)

49. Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat(POKUBHL)

50. Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS)

51. ⁠Persekutuan Seruan Islam Selangor & Wilayah Persekutuan (JAM’IYAH)

52. ⁠Persatuan Pencinta Tulisan Jawi Selangor (PENJAWIS)

53. ACTION CARING TEAM @ ACT MALAYSIA

54. ⁠Pertubuhan Pendokong & Pencinta Ulamak (Geng Ustaz)

55. ⁠Pertubuhan Kitakan Kawan

56. ⁠Gerakan Rakyat Patriotik

57. ⁠Kelab Sahabat Profesional

58. Persatuan Intelektual Muslim Malaysia (PIMM)

59. ⁠Pertubuhan Syabab Care Malaysia

60. Pertubuhan Nur Fitrah

61. Persatuan Pendidikan Bushra Selangor

62. ⁠Pertubuhan warga Puchong prihatin

63. Persatuan Pendidikan Anak Yatim Dan Miskin Assolihin.

64. ⁠Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor

65. MediCOM Malaysia

66. Pertubuhan Profesional Muslim Malaysia

67. ⁠Persatuan Ulama Malaysia (PumSel)

68. ⁠Yayasan Pendidikan Qasimul Ulum

69. Al Hidayah Education & Charity (HEC)

70. Pertubuhan Akademi Fitrah Malaysia (FITRAH)

71. Pertubuhan Silat Seni Jati Warisan Selangor (PSSJWS)

72. Kelab pesara muslimah Selangor ( KPMS)

73. Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Selangor

74. Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Selangor.

75. Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA)

76. Pertubuhan Maufakat Amal Taat Amalan Zuhud ( MALTAZ )

77. Persatuan halaqah Alquran

78. Persatuan Ikhwan Alkhidmah Malaysia (ALKHIDMAH)

79. Kelab Kebajikan Sosial dan Alam Sejahtera (KEKSAS)

80. Persatuan kebajikan amal bangi selangor

81. Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor – Geng Talaqqi

82. Pertubuhan Pemangkin Kader Dakwah Selangor (PPKDS)

83. Prihatin Pandan⁠

84. Pertubuhan SALWA Malaysia

85. Pertubuhan Ikram Malaysia

86. PERKIM Bahagian Negeri Selangor

87. International Muslim Women Union (IMWU) – Malaysia

88. Pertubuhan Selamatkan Wanita dan Anak Selangor

89. ⁠Persatuan Ulama Malaysia (pusat)

90. Pertubuhan Ikhlas Bersahabat (Kuala Lumpur & Selangor)

91. Gerakan Anak Terengganu Insaf(GANTI)

92. Ummah Terengganu

93. Persatuan Kebajikan Asatizah Terengganu(PAKAT)

94. Persatuan Rabitah Kebajikan Institusi Pendidikan Islam Terengganu(RABITAH)

95. Persatuan Pengguna Produk Muslim Terengganu

96. KT Care

97. Wam Care

98. ⁠Kelab Kebajikan Bandar Barokah Terengganu (BAROKAH).

99. ⁠Persatuan Belia Fajar Hiliran


100. Persatuan Prihatin Anak Terengganu (PRIHATIN).
101. Persatuan Belia Sahabat Sejahtera Negeri Terengganu

- Advertisement -