UEC lumus identiti tanah air

- Advertisement -

Kerajaan Madani dibentuk atas titah perintah Agong untuk melurus nilai perpaduan rakyat dan massa menanti titah istana tentang pendidikan jauh lebih relevan atribut perpaduan selaras falsafah pendidikan kebangsaan di Malaysia.

- Advertisement -

Sekian kali UEC akronim Unified Examination Certificate atau Sijil Peperiksaan Bersepadu dilihat kasus lumus yang mempalit kotoran pada sifat jati diri, identiti dan terma atau polisi kebangsaan sebagai indeks medan kaum yang berbahaya pembinaan negara bangsa. Kerajaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia dapat memikirkan dengan teliti dan cermat untuk manfaat kepada semua rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan ras etnik.

Malaysia negara tunggal di dunia yang membenarkan sekolah vernakular berasas kaum dan tiada negara berdaulat di dunia merilis pendidikan berdasarkan bangsa dan kaum menerima sebagai ‘sekolah aliran kebangsaan’ dan operasional sebahagiannya dana awam.

UEC diwujudkan oleh Dong Jiao Zong (Persatuan Guru dan Pengarah Sekolah Cina) sejak tahun 1975 dan digunakan di Sekolah Persendirian Cina di Malaysia. Operasi UEC dikesan apabila bantuan kerajaan dihentikan kerana lembaga sekolah tidak mahu menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar seperti di sekolah-sekolah awam.

Silibus UEC berasal dari Taiwan secara sepenuhnya dan dikelolakan oleh Pertubuhan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong). Namun, kurikulum yang diguna pakai di sekolah-sekolah persendirian Cina adalah bertentangan dengan Dasar Pendidikan Negara.

Terdapat tiga tahap dalam UEC, iaitu Vokasional (UEC-V), Junior (UEC-JML/JUEC) dan Senior (UEC-SML/SUEC). Bahasa Cina (Bahasa Mandarin) merupakan bahasa pengantar bagi kurikulum dan peperiksaan bagi UEC-V dan UEC-JML. Bahasa Cina atau Bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantar bagi mata pelajaran Matematik, Sains (Biologi, Kimia dan Fizik), Simpan Kira, Akaun dan Perdagangan.

UEC tiada keperluan dalam pendidikan kebangsaan kerana kesannya sangat tidak adil kepada pelajar yang cekal dan tabah mengikuti sistem pendidikan kebangsaan. Malahan pengiktirafan UEC akan mewujudkan elemen peperiksaan G.C.E A Level yang setelah didesakan kumpulan cauvanis dan politik hipokrasi. Di sisi perlembagaan perkara 152 status bahasa kebangsaan dinafikan termasuk Akta Bahasa, Penyata Razak, Penyata Rahman Talib dan Akta Pendidikan yang menyatakan dengan suluh operasional institusi pendidikan di negara ini.

Ia suatu hal yang tiada dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan malah diumpamakan bentuk pendurhakaan kepada rakyat yang tekun dan lurus dalam pendidikan nasional kerana UEC bukan lahir daripada sistem pendidikan negara, dan kurikulumnya juga bukan kurikulum kebangsaan.

Kronologi UEC lumus di lapangan sejak 1975 apabila Tun Dr. Mahathir selaku Menteri Pelajaran telah membenarkan UEC dilaksanakan di sekolah swasta di negara ini. Pada 2012 pula Datuk Seri Mohd Najib sebagai Menteri Pendidikan telah mengiktiraf UEC bersyarat bagi tujuan pengambilan guru pelatih ke institut pendidikan guru (IPG) bagi bidang bahasa Cina sahaja.

Kini era Madani lumus UEC menuntut pengiktirafan penuh setara persijilan SPM dan STPM apabila Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming akan sua temu bagi membincangkan isu pengiktirafan UEC.

Sebagai rakyat Malaysia, semua pihak tanpa mengira kaum mesti menyokong dan memajukan sistem pendidikan kebangsaan kerana pengiktirafan UEC bukan sahaja tidak patriotik malah mencabar semangat kebangsaan kerana UEC tidak menggunakan bahasa kebangsaan, dan tidak berasaskan kurikulum kebangsaan.

Oleh itu, tidak ada keperluan untuk kerajaan mengiktiraf peperiksaan tersebut.

DR ZULKEFLEE YAACOB
Psikososio @ Pakar Penasihat Wanita Kelantan – HARAKAHDAILY 10/12/2025

- Advertisement -