
SANDAKAN: Perhubungan PAS Negeri Sabah (PPNS) telah membentuk Jawatankuasa Harian termasuk ahli jawatankuasa lantikan bagi sesi 2025-2027, kata Pesuruhjayanya, Datuk Dr Aliakbar Gulasan.
Menurutnya, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat pertama yang berlangsung pada 6 Oktober lalu.
“Alhamdulillah, saya telah mempengerusikan mesyuarat pertama PPNS bagi membentuk jawatankuasa kerja serta merancang pelbagai aktiviti-aktiviti yang akan datang.
“Jawatankuasa ini menonjolkan kepimpinan yang mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan dan profesion serta mewakili pelbagai kaum sesuai dengan demografi masyarakat Sabah yang unik dan pelbagai,” ujarnya kepada Harakahdaily hari ini.
Katanya, Jawatankuasa Harian terdiri daripada Timbalan Pesuruhjaya (TPJ) 1, Ahmad Dullah dan TPJ 2, Dr Mohd Afifi Shaifuddin, manakala muka baharu yang ditampilkan sebagai TPJ 3, Zulzaim Hilmee Abidin.
Jawatan Setiausaha diamanahkan kepada Sahar Abdul Majid akan dibantu tiga Penolong Setiausaha iaitu Salman Muhammad Amin, Aq Mady Hamsi dan Syamsul Maarif Suardi.
Bendahari pula ialah Azamuddin Abdullah dan Ketua Penerangan, Mustaman Mustain serta Pengarah Pilihan Raya masih mengekalkan Sufyan Mohd Yunus.
Ketua Dewan Ulamak, Ustaz Adzman Jupri dan Ketua Dewan Pemuda, Hendri Hamsah serta Ketua Dewan Muslimat, Norsah Bongsu.
Manakala Ahli Jawatankuasa Lantikan terdiri daripada Abdul Gari Itam, Khairan Untoh, Mat Razali Mat Lazin, Dr. Nafsah Abdul Aziz, Amdi Asbi dan Hasan Haris.– HARAKAHDAILY 12/10/2025











