Gencatan senjata Gaza mempercepatkan perang Iran – Israel

- Advertisement -

KESEMUA negara Eropah sependapat mahu perang Gaza ditamatkan.

Mereka juga sependapat tekanan hendaklah diteruskan ke atas Republik Islam Iran yang menjadi pendukung utama kumpulan pejuang Palestin.

Sudah tentu Netanyahu akan mengambil peluang ini menarik sokongan Barat khususnya Amerika Syarikat dan negara Arab untuk menyerang Republik Islam Iran.

Jika perang Gaza berjaya dihentikan, maka fasa kedua perang antara Republik Islam Iran dan Israel boleh meletus pada bila-bila masa.

- Advertisement -

Saat ini kedua-dua pihak sedang mempersiapkan diri dengan pelbagai kelengkapan senjata.

Netanyahu akan meneruskan siri peperangan berikutnya demi mencapai matlamat Israelraya yang menjadi idaman Zionis.

Inilah peluang keemasan yang tidak akan disia-siakan.

Petanda menunjukkan Timur Tengah akan terus bergolak dan barangkali akan menjadi pencetus kepada pertembungan yang lebih besar melibatkan pelbagai kausa seperti negara Eropah dan Rusia serta China dan Amerika Syarikat.

Mereka merancang, Allah juga merancang dan perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan.

Yakinlah masa depan milik Islam.

“Kembali Kepada Penyelesaian Islam”

DR MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
ADUN Batu Buruk, Terengganu Darul Iman
5 Oktober 2025 – HARAKAHDAILY 6/10/2025

- Advertisement -