PAS Perak umum kepimpinan baharu sesi 2025-2027

- Advertisement -

IPOH: PAS Negeri Perak telah membentuk Jawatankuasa Harian Badan Perhubungan PAS Negeri termasuk membuat pelantikan Ahli-ahli Jawatankuasa lantikan bagi sesi 2025-2027, umum Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Ustaz Idris Ahmad.

- Advertisement -

“Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Perhubungan PAS Negeri Perak kali pertama bagi sesi 2025–2027 telah diadakan pada 2 Oktober 2025 bagi melantik Ahli Jawatankuasa Harian Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.

“Berdasarkan peruntukan Fasal 53 (3) & (5) Perlembagaan PAS (Pindaaan 2025) adalah dimaklumkan bahawa pelantikan jawatan-jawatan telah dicadangkan dan dipersetujui dalam Mesyuarat
Perhubungan PAS Negeri Perak,” ujar beliau.

Umumnya, Jawatankusa Harian terdiri daripada Timbalan Pesuruhjaya (TPJ) I, Ustaz Mohd Akmal Kamarudin dan TPJ II, Ustaz Misbahul Munir Masduki, manakala TPJ III, Ustaz Suhaimi Abdul Wafir.

Jawatan Setiausaha diamanahkan kepada Ustaz Fakhrudin Abdul Aziz di mana akan dibantu tiga Penolong Setiausaha iaitu Aidil Faris Hamzah, Abdullah Aziz Ahmad dan Halimatun Abd Wahab.

Bendahari pula ialah Rosli Abdul Rahman dan Ketua Penerangan, Ustaz Khalil Yahaya sementara Pengarah Pilihan Raya adalah Berhanudin Ahmad.

Ketua Dewan Ulamak, Ustaz Ibrahim Zakaria dan Ketua Dewan Pemuda, Ustaz Hafez Sabri serta Ketua Dewan Muslimat, Dr Najihatussalehah Ahmad juga merupakan Jawatankuasa Harian.

Manakala Ahli Jawatankuasa Lantikan terdiri daripada Dr Azhar Bahari, Datuk Kamilia Ibrahim, Ustaz Farhan Halim, Dr Muslih Endut, Dato’ Abdul Hakim Hamidi, Dr Abd Haris Abdul Latif dan Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin. – HARAKAHDAILY 3/10/2025

- Advertisement -