
APA YANG berlaku kepada Qatar wajar menjadi pengajaran kepada negara-negara Arab dan Dunia Islam.
Hakikatnya Barat khususnya negara haram Israel adalah rakan dan musuh yang amat tidak boleh dipercayai sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran.
Di sebalik keakraban dan hubungan baik sama ada dari sudut ketenteraan mahupun ekonomi, agenda tersirat mereka hanyalah untuk mempergunakan Dunia Islam untuk kepentingan dan keuntungan mereka sahaja.
Buat negara-negara Arab dan Dunia Islam, inilah masa yang terbaik untuk menilai kembali hubungan akrab dengan Barat dan negara haram Israel, sebaiknya putuskan normalisasi dengan negara haram Israel.
Tidak mustahil apa yang terjadi kepada Qatar yang membantu dan menyokong perjuangan rakyat Palestin serta menjadi mediator kepada rundingan gencatan senjata Gaza boleh berlaku kepada mana-mana negara Arab dan Dunia Islam yang lain.
Jelas dalam kenyataan angkuh terbaharu Benjamin Netanyahu, beliau menyatakan akan terus memburu dan mengambil tindakan ke atas pemimpin HAMAS tidak kira di mana ia berada, membuktikan rejim penjajah Zionis Israel bakal menyerang tidak kira tempat dan masa.
“Bebaskan Masjid Al-Aqsa, Merdekakan Palestin”
MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS Pusat
ADUN Batu Buruk – HARAKAHDAILY 13/9/2025











