Mardhiyyah rekod pencapaian 2 tahun sebagai ADUN

- Advertisement -

KUALA KEDAH: Ahli Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kundor, Mardhiyyah Johari, membuktikan komitmen tinggi dalam mencatat pelbagai pencapaian signifikan sepanjang dua tahun perkhidmatannya sejak 12 Ogos 2023.

- Advertisement -

Membawa aspirasi “Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua”, pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan warga diutamakan meliputi aspek pendidikan, kebajikan, infrastruktur, keagamaan dan pembangunan belia.

Seramai 105 pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menerima sumbangan komputer riba, manakala 233 pelajar lain turut menerima sumbangan wang tunai pendidikan bagi meringankan beban kos pengajian.

Dalam aspek kebajikan, sebanyak 37 kerusi roda dan katil pesakit telah disumbangkan kepada mereka yang memerlukan, selain bantuan daripada Tabung Tengku Mahmud telah memberi manfaat kepada 147 penerima.

Di samping itu juga, seramai 339 warga penduduk telah menjadi penerima yang mendapat bantuan Khairat Kematian (i-Kafalah) berikutan ahli keluarga meninggal dunia.

Bagi memastikan keselesaan rakyat, sebanyak 20 projek pembaikan jalan telah dilaksanakan, selain pemasangan 51 unit lampu jalan di lokasi strategik untuk keselamatan penduduk.

Dalam memperkasakan institusi agama, sebanyak 22 surau dan masjid menerima sumbangan bagi tujuan naik taraf dan pengurusan, selain 92 rumah telah dibaik pulih dan 32 khemah niaga disumbangkan kepada peniaga kecil sebagai sokongan keusahawanan.

Sebanyak 97 sumbangan telah disalurkan kepada sekolah, kelab belia, pasukan sukan dan inisiatif anak muda, membuktikan sokongan berterusan kepada pembangunan generasi pelapis negeri. – HARAKAHDAILY 20/8/2025

- Advertisement -