Iltizam kesejahteraan mimpi buruk penduduk Kg Sungai Baru

Penduduk Kampung Sungai Baru berhimpun di hadapan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada November tahun lalu.
- Advertisement -

ISU massa di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur menarik untuk penulis berkomentar agar ditangani cermat oleh penguasa kerana menjadi bom jangka bukan atas nama kaum tetapi urbanisasi memaksimunkan kesejahteraan masyarakat.

- Advertisement -

Penduduk Kampung Sungai Baru diarahkan kosong kediaman bagi kerja-kerja perobohan pada 16 Julai lalu.

Projek pembangunan Kampung Sungai Baru yang tertangguh hampir sedekad akan diteruskan kerana warta di bawah Seksyen 4 Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960 dikeluarkan pada 18 Jun 2021 manakala warta di bawah Seksyen 8 akta sama pula dikeluarkan pada 21 Jun tahun sama.

Pengambilan tanah Kampung Sungai Baru membabitkan 67 unit rumah teres dan 14 blok pangsapuri sejak 2016.

Meskipun segelintir penduduk, khususnya penghuni rumah teres tidak bersetuju dengan kadar pampasan RM400 sekaki persegi ditetapkan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Proses urbanisasi menuntut semua pihak lebih terfokus pada projek fasilitas awam seperti jalan raya dan lebuh raya, sekolah, hospital dan sebagainya dengan menggunakan akta pengambilan tanah.

Ini kerana pendanaan duit kerajaan yang akhirnya memanfaat untuk rakyat.

Kasus di Sungai Baru agak polemik atas pengambilan tanah tempatan untuk prasarana kondominium 30 ke 50 lantai dan premis lain dilakukan hanya satu pemaju atau pihak yang berautoritas ekonomi meski bercanggah di bawah akta pengambilan tanah secara paksa di bawah APT 1960.

Penduduk menentang keras atas perkara rezab Malay Argriculture Senttlement (MAS), iaitu rezab istimewa ekslusif yang dihalang unsur ganggu-gugat.

Malah tiada peruntukan undang-undang yang terdapat dalam akta pembangunan kg baru 2011 dan akta ibu kota 1960 yang memberi kuasa kepada Kementian Wilayah Persekutuan untuk membubar dan membatalkan kuasa berada di bawah pentadbiran Lembaga MAS.

Pemaju tidak boleh gopoh-gapah kerana Mahkamah Tinggi membenarkan penduduk menangguhkan sementara pengosongan premis mereka atas apapun alasan pembangunan semula pangsapuri yang dihuni sejak 1970 itu, kerana syarikatnya yang mempunyai kedudukan kewangan kukuh dan dapat menyiapkan projek segera tetapi gagal mendapat persetujuan 33 peratus atau 109 pemilik yang membabitkan 36 lot teres dan 72 rumah flat.

Meskipun pemaju telah mendapat persetujuan 67 peratus untuk menandatangani perjanjian usaha sama, bukan perjanjian jual beli dengan geran milik penduduk dipindah milik kepada pegangan syarikat.

Mereka masyuk atas tawaran wang perpindahan RM10,000 dan sewa bulanan RM1,200 selama tujuh tahun serta janji kediaman baharu siap dalam masa empat tahun melalui perjanjian ditandatangani penduduk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018.

Oleh itu, kemajuan manual dengan merampas hak penduduk lokal terarah pada penindasan tidak selaras dengan tema kemerdekaan “Malaysia MADANI: Rakyat disantuni” yang mencerminkan iltizam kesejahteraan rakyat dari aspek kemanusiaan, dan pembangunan holistik.

DrZulkefleeY

DR ZULKEFLEE YAACOB
Psikososio @ Pakar Penasihat Wanita Kelantan – HARAKAHDAILY 22/7/2025

- Advertisement -