Usul: Perkasa PN Sabah hadapi PRN17

Ustaz Azman Jupri
- Advertisement -

KOTA KINABALU: Dewan Ulamak dan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, meluluskan usul tergempar iaitu memperkukuh kerjasama komponen Perikatan Nasional (PN) negeri demi kemenangan yang menyeluruh dan masa depan negeri yang stabil.

- Advertisement -

Usul itu diluluskan pada Muktamar Dewan Ulamak kaii ke-27 dan Muktamar Dewan Pemuda ke-38, di sini, semalam.

Ketua Dewan Ulamak, Ustaz Azman Jupri berkata, usul itu seharusnya menjadi agenda utama PAS Sabah buat masa ini.

“Pengukuhan kerjasama antara parti kompenan dalam PN Sabah wajar diketengahkan, supaya dapat mewujudkan perpaduan dan ukhwah yang utuh dan stabil menjelang PRN Sabah nanti.

“Kami berharap parti kompenan dalam PN Sabah juga senada dengan hasrat ini, supaya kita bersama mampu menerajui PRN Sabah dengan lebih bergaya kelak,” ujarnya sewaktu usul ini dibentangkan.

Tegasnya, PAS negeri akan terus beri komitmen terhadap PN Sabah bagi membina negeri Sabah aman dan makmur.

Jumaidin Lakalla

Sementara itu, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Jumaidin Lakalla berkata, usul itu harus menjadi keperluan utama supaya PAS Sabah mampu memperkukuh perpaduan antara parti-parti komponen PN Sabah menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 yang semakin hampir.

Beliau menegaskan bahawa PN Sabah perlu membawa satu nafas baharu kepada rakyat negeri ini, dengan asas perjuangan yang berteraskan integriti, kestabilan dan kepedulian terhadap rakyat di peringkat akar umbi.

“Dalam suasana politik negeri yang semakin dinamik dan mencabar, kita harus menyeru agar semua parti dalam gabungan PN tampil sebagai satu blok alternatif yang diyakini rakyat dan mampu menawarkan kepimpinan yang lebih baik serta stabil untuk masa depan Sabah,” jelasnya sewaktu membentangkan usul tersebut.

Beliau menghuraikan usul tersebut berdasarkan empat tuntutan utama iaitu memperkukuh kerjasama strategik antara parti-parti komponen PN Sabah melalui penyelarasan hala tuju politik dan pembinaan naratif bersama yang lebih bersifat negeri.

Di samping itu, ujarnya menggembleng jentera pemuda PN Sabah sebagai satu pasukan bersepadu, meliputi latihan, komunikasi serta pelan operasi yang tersusun bagi menghadapi PRN dengan lebih berkesan terutama dalam menawan hati pengundi muda.

Selain itu, katanya nenegaskan komitmen PAS bersama PN bukan hanya sebagai rakan strategi pilihan raya, tetapi sebagai sahabat perjuangan dalam membina Sabah yang berdaya saing dan dihormati.

“Menggerakkan kepimpinan akar umbi pemuda PAS untuk memimpin gelombang kesatuan dan kerjasama politik melalui pelbagai program, libat urus dan inisiatif rentas parti dalam kerangka Perikatan Nasional,” katanya lagi.

Menurutnya, keempat-empat tuntutan ini sangat penting bagi menjamin kemenangan dan kestabilan politik pada masa akan datang.

“Dewan Pemuda PAS Sabah sedia tampil memimpin gelombang penyatuan dan perubahan ini, demi sebuah negeri yang lebih stabil dan makmur di bawah panji Perikatan Nasional,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 20/7/2025

- Advertisement -