Aktor genosida dan kontroversi di tampuk massa

- Advertisement -

AKTOR berlegar di massa pascaperang Iran-Israel dicerakin antara genosida dan kontroversi, iaitu Trump antara tiga Presiden Amerika Syarikat (AS) yang lenser atau melunsur dari institusi kepresidenan negara adidaya dunia atas aksi mandiri apabila secara rasmi dewan perwakilan rakyat kongres membuat ketetapan memakzulkannya.

- Advertisement -

Presiden paling kontroversi dalam sejarah AS selain Andrew Johnson dan Bill Clinton yang turut dimakzulkan.

Namun dihitung massa bahawa ini bukan bererti tamat naratif beliau yang dituduh bawah fasal pertama, iaitu penyalahgunaan kuasa dan kedua upaya menghalangi kongres dalam keputusan menyerang tapak nuklear Iran.

Meskipun sebanyak 230 anggota dewan menyetujui dan 197 menolak fasal pertama namun secara majoriti menolak Trump fasal pertama dan kedua.

Pemakzulan tercetus terhadap Trump apabila beliau melakukan panggilan telefon kepada presiden Ukranie Volodymyz Zelensky dan meminta penyelidikan terhadap Joe Biden yang merupakan saingan politik dan anaknya Hunter Biden.

Namun keputusan akhir diperkira atas dewan senat yang majoriti dikuasai parti Republikan, iaitu parti Trump sendiri yang menghalang beliau lenser dari jawatannya kelak.

Aktor genosida massa terarah pada Israel yang melakukan apaan sahaja menyerang dan menakluk negara lain serta melakukan genosida kerana tiada negara dalam posisi menghalang Israel.

Ini kerana AS menjadi tulang punggung Israel atau benteng ketika rakyat tempatan menuntut Trump tidak terbabit dalam perang Iran-Israel kerana warga Israel sendiri hampir 2 juta kelaparan.

Aktor genosida tersohor Benyamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel yang menyekat bantuan kepada warga Palestin dan pengeboman di Gaza.

Beliau memegang tampuk pemerintah Israel dalam segala perintah dan sasaran impian serta tekanan politik termasuk merilis rudal dan rumah rata rawa dengan tanah darah, penghancuran sekolah dan hospital menjadi puing-puing besi dan batu di Palestin.

Sementara aktor Itamar Ben-Gvir, Menteri Keamanan Nasional yang total menolak gencatan senjata malah menggesa menakluk sepenuhnya Gaza.

Beliau juga mahukan warga Gaza diusir dari tanah mereka. Tambahan Menteri Pertahanan Israel, iaitu Yoav Gallant merupakan jeneral lapangan yang mengatur serangan brutal udara dan darat ke Gaza.

Aktor terakhir dikesan massa, iaitu Menteri kewangan Bezalel Smotrich yang merencana bajet dan penyediaan dana bagi perluasan pemukiman ilegal Israel dan realisasi sistem aparteid di Palestin.

Beliau dilihat memicu pendanaan untuk penghancuran desa-desa di Palestin dan mendorong pengusiran warga Palestin.

Perang tidak mengubah etos kehidupan berakar nilai, kepercayaan dan moral sebaliknya kemusnahan manual dan kematian yang hanya merosakkan kehidupan global.

DR ZULKEFLEE YAACOB
Psikososio @ Pakar Penasihat Majlis Wanita Kelantan. – HARAKAHDAILY 15/7/2025

- Advertisement -