Di mana Allah? Jawapan Imam Hanafi

- Advertisement -

Soalan:

Apakah benar imam besar para ulamak salaf iaitu Imam Abu Hanifah pernah ditanya tentang di manakah Allah? Kalau benar apakah jawapan Imam Abu Hanifah?

- Advertisement -

Jawapan:

Memadai sebagai jawapan persoalan ini disertakan perkataan Imam Abu Hanifah di dalam kitab Al-Fiqh Al-Absath:

قال الإمام أبو حنيفة “قلت: أرأيت لو قيل أين الله تعالى؟ فقال: يقال له كان الله تعالى ولا مكان قبل أن يخلق الخلق، وكان الله تعالى ولم يكن أين ولا خلق ولا شىء، وهو خالق كل شىء” الفقه الأبسط ضمن مجموعة رسانل أبي حنيفة بتحقيق الكوثري ص 25

Ertinya: “Telah berkata Imam Abu Hanifah: Tahukah kamu jikalau dikata orang di mana Allah? Berkata Imam Abu Hanifah: Dikatakan bagi yang bertanya itu Allah maha tinggi dan tiada bertempat sebelum mengadakan makhluk. Dan adalah Allah maha tinggi dan tiada ada Dia di mana dan bukan makhluk dan bukan suatu benda. Dia yang menjadikan sekalian suatu.” (Kitab Majmu’ah Rasail Abi Hanifah)

Dan berkata Imam Abu Hanifah dalam kitab Al-Fiqh Al-Akbar:

ولقاء الله تعالى لأهل الجنة بلا كيف ولا تشبيه ولا جهة حق”

Ertinya: “Dan bertemu Allah Taala bagi ahlu syurga tanpa cara dan tanpa menyerupakan dan tanpa arah itu adalah benar.” (Kitab Syarah Al-Fiqh Al-Akbar Syeikh Ali Mulla)

Wallahua’lam. – HARAKAHDAILY 11/7/2025

- Advertisement -