Zionis dan sekutu rancang ratakan bumi Iran

- Advertisement -

ZIONIS merancang meratakan bumi Iran dalam masa dua minggu sahaja atau, ia akan berdepan dengan ketewasan yang berat. Ini bukan perang biasa. Jarak antara kedua-dua negara itu terlalu jauh dan ada 4 negara memisahkan mereka iaitu Iraq, Jordan, Syria dan Saudi.

Saudi mengharamkan Israel merentasi ruang udaranya. Jadi, hanya menanti bilakah Jordan, Syria dan Iraq akan mengambil tindakan serupa. Setakat ini Jordan terlalu manja dengan Zionis lantaran pengecut dan tidak akur pada perintah Allah untuk mewujudkan satu angkatan tentera yang mampu ‘menggerunkan musuh kamu dan musuh Allah…’!

Dengan senario perang semacam ini, kos operasi akan menjadi terlalu tinggi. Risikonya juga tinggi. Kalau keempat-empat penyamun tadi telah mengharamkan ruang udara mereka untuk Israel, mereka punya hak untuk menembak tiap-tiap pesawat Yahudi yang melintasi udara mereka tanpa prejudis dan kompromi atas alasan ‘mempertahan kedaulatan negara…’!

- Advertisement -

Ini sudah pasti akan menakut dan menjahanam apa saja strategi Israel. Selama ini (dan sehingga hari ini) Zionis sewenangnya melintasi ruang udara empat ‘bahlul’ tadi. Sebab itu tidak hairan kalau si Yahudi dapat membedil siapa saja yg ia suka lantaran tiada siapa berani jadi samseng untuk mencegahnya.

Berbalik pada strategi Zionis dalam perang kali ini, hajatnya ialah untuk tukar rejim dari teokrasi ke demokrasi sekular yang menyembah Barat dengan mengangkat Reza Pahlavi (anak Shah Iran) sebagai patung cendana di Iran. Reza Pahlavi sudah 4 dekad menelan air liur basi untuk menjadi raja selepas bapanya diperhambat keluar dan bersembunyi di AS pada 1979.

Berbalik kepada serangan terbaru, tapi, si Yahudi lupa (mungkin gila agaknya) lantaran Iran bukan Lebanon, Jordan, Syria, Iraq, Kuwait, UAE atau Mesir,Iran punya laskar terkuat di Timur Tengah. Meskipun di sanksi selama berpuluh tahun, Iran (sebagaimana Turki, Rusia atau Korea Utara) tetap mampu memantapkan sistem pertahanannya hingga berupaya membina dron dan peluru berpandu hypersonic yang tak mampu dicipta oleh Barat dan AS. Jadi, ini memudahkan kerja Iran untuk berperang dgn nyamuk-nyamuk Yahudi. Tak perlu guna jet. Simpan jet-jet itu untuk perang yang lebih mustahak tak berapa lama lagi.

Dan, yang paling berbahaya, Iran mungkin sudah ada beberapa butir bom nuklear yang bakal diguna untuk tujuan strategik. Berperang dengan Zionis bukanlah satu benda yang strategik. Ia lebih bersifat konvensional sebagaimana perang-perang yg lain. Israel hanya seluas 22,002 sqkm (besar sedikit dari Perak – 21,000 sqkm), terlalu kecil, berbanding Iran yang 75 kali ganda saiznya.

Iran mungkin melihat Israel sebagai langau atau pacat yang gila. Dengan sebutir bom nuklear atau separa-nuklear, itu sudah cukup untuk memadam sejarah negara haram itu. Tetapi Iran sukar melakukan itu lantaran ianya bumi para Anbia’. Terlalu banyak makam-makam Nabi di situ. Masjidil Aqsa juga berada di situ. Jadi, bagaimana si Zionis boleh terfikir yang Iran akan meletupkan bom nuklear di bumi yang diberkati itu?

Ada agamawan yang menyebut Israel sedang menyediakan ‘takhta’ bagi menyambut ‘raja’ mereka, yakni Dajjal al-Masih, yang akan muncul di Khurasan yang nanti akan diiringi oleh 70,000 (atau 70 batalion) tentera Yahudi yang nanti akan diarak ke bumi Syam, khususnya Israel utk dimahkotakan di situ. Dan seterusnya memerangi tentera al-Mahdi.

Apapun, senario yang semakin kompleks kian bermunculan dari hari ke hari pada akhir zaman ini. Kita perlu segera bangkit perkukuh barisan saf-saf kita. Jangan ada yang lalai dan tertinggal di belakang dengan pelbagai alasan!

BORHAN ISMAIL – HARAKAHDAILY 18/6/2025

Sumber Asal: https://www.facebook.com/share/p/18xddxS6gq/

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -