
SEJARAH berulang
Dulu, umat Islam dikepung oleh pakatan musuh dari luar Quraisy, Yahudi Bani Quraizah, Ghatfan dan pelbagai kabilah Arab dalam Perang Khandaq. Hari ini, dunia Islam dikepung semula bukan lagi dengan pedang dan tombak, tapi dengan dron, peluru berpandu, fitnah media dan teknologi Mossad.
Jika dahulu strategi bertahan adalah menggali parit ilham dari seorang muallaf Parsi, Salman al-Farisi RA, maka hari ini Iran, tanah asal Salman itu kembali menjadi benteng terakhir yang menghalang pakatan Zionis-Amerika dari memusnahkan seluruh umat.
Firman Allah – Surah al-Ahzab, ayat 9–11:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱذْكُرُوا۟ نِعْمَتَ ٱللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ جَآءَتْكُمْ جُنُودٌ فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ رِيحًۭا وَجُنُودًۭا لَّمْ تَرَوْهَا ۚ وَكَانَ ٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرًا
“Wahai orang-orang beriman! Ingatlah nikmat Allah kepada kamu, ketika datang kepada kamu tentera-tentera (musuh), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin taufan dan tentera yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.”
إِذْ جَآءُوكُم مِّن فَوْقِكُمْ وَمِنْ أَسْفَلَ مِنكُمْ وَإِذْ زَاغَتِ ٱلْأَبْصَـٰرُ وَبَلَغَتِ ٱلْقُلُوبُ ٱلْحَنَاجِرَ وَتَظُنُّونَ بِٱللَّهِ ٱلظُّنُونَا۠
“(Ingatlah) ketika mereka datang kepada kamu dari atas kamu dan dari bawah kamu, dan ketika mata-mata kamu terpandang dengan ketakutan, dan hati kamu mencengkam ke kerongkong…”
وَلَمَّا رَأَى ٱلْمُؤْمِنُونَ ٱلْأَحْزَابَ قَالُوا۟ هَـٰذَا مَا وَعَدَنَا ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥ وَصَدَقَ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥ ۚ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّآ إِيمَـٰنًۭا وَتَسْلِيمًۭا
“Dan tatkala orang-orang beriman melihat pakatan (Ahzab), mereka berkata: Inilah yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul-Nya kepada kami. Benar sungguh janji Allah dan Rasul-Nya itu! Dan kejadian itu hanya menambahkan kepada mereka keimanan dan kepasrahan kepada Allah.”
Hari ini: G7, Mossad dan tali barut
Kenyataan rasmi G7 menyokong serangan Israel ke atas Iran kononnya atas alasan ‘keselamatan’ dan ‘pembelaan diri’. Tapi kita tahu, mereka sedang ulangi skrip lama menjadi Ahzab baru yang menyerang siapa saja yang menyokong al-Quds.
Zionis tidak bergerak sendiri. Mereka dibantu oleh musuh dalam selimut, yang pernah digelar oleh al-Qur’an sebagai golongan munafiqin.
“(Mereka) berkata: Sesungguhnya rumah kami terbuka (tidak selamat), padahal ia tidak terbuka; mereka hanya hendak melarikan diri.” (Surah al-Ahzab, 13)
Hari ini, mereka itulah tali barut Mossad. Golongan yang kononnya ‘bersama umat’, tapi menjadi pengkhianat dengan membocorkan rahsia, memberi laluan jet musuh, dan menolak perjuangan mujahidin.
Panduan ulamak Salaf
“Jika manusia berselisih dalam sesuatu perkara, lihatlah apa yang diputuskan oleh para pejuang di medan jihad kerana kebenaran bersama mereka.” (Imam Ahmad Hanbal)
“Jika pendapat umat Islam berbeza, maka rujuklah kepada pandangan para mujahidin kerana mereka berada di medan sebenar, dan mereka tahu harga darah dan maruah.” (Syeikh Muhammad Ahmad ar-Rasyid)
Maka, siapa yang kita sokong?
Bukan G7. Bukan negara Arab yang membisu. Bukan mereka yang cuma tahu sembang ‘keamanan’ tapi kecut di hadapan Zionis.
Kita bersama Iran kerana merekalah yang membayar harga mahal atas sokongan kepada HAMAS, Jihad Islami dan perjuangan al-Quds.
Kita bersama mujahidin kerana merekalah barisan depan umat ini, yang mengorbankan nyawa demi aqidah dan maruah.
Pakatan Ahzab Moden sedang menyerang.
Tapi kami, insyaAllah, tetap bersama barisan kebenaran. Dan kami tidak akan berpaling.
WAN MUHAMMAD MIZAN W. ABDUL LATIFF
Mudir Kompleks Islam Tahfiz Darul Hijrah
Pemerhati Strategik Dunia Islam – HARAKAHDAILY 18/6/2025
Sumber Asal: https://www.facebook.com/share/p/1ATc2Uv3DE
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.











