
18 JUN 2025 dunia tersentak. Buat pertama kali dalam sejarah, Iran lancarkan peluru berpandu hipersonik Fattah terus ke jantung Tel Aviv. Tapi bukan sekadar serangan biasa.
Sebab ini kali pertama Fattah 1 diuji dalam perang sebenar, dan lebih mengejutkan, peluru ni dilaporkan berjaya tembus pertahanan udara Israel tanpa langsung dipintas.
Kalau betul, ini bukan sekadar serangan ketenteraan. Ini isyarat. Bahawa zaman ‘kebal’ Israel mungkin sudah berakhir.
Apa sebenarnya Fattah ni?
Bukan peluru sembarangan. Fattah ialah peluru berpandu hipersonik ciptaan Iran sendiri. Laju dia? Lebih Mach 5 (5 kali kelajuan bunyi). Dan yang buat Israel tidur tak lena, peluru ini boleh ubah arah dalam penerbangan dan susah gila nak kesan, apatah lagi nak tembak jatuh.
Sistem canggih macam Iron Dome, David’s Sling atau Arrow pun gagal nak sekat. Kalau terbukti sahih, ini pencapaian teknologi ketenteraan yang tak boleh dipandang ringan.
Kenyataan rasmi penuh dari IRGC (Bahasa Melayu):
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Maka apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir, pancunglah leher mereka.”
“Kami mengucapkan tahniah kepada para komander dan pejuang Angkatan Aeroangkasa IRGC atas kejayaan gelombang kesebelas operasi ‘True Promise 3’ yang membanggakan, yang dilaksanakan menggunakan peluru berpandu Fattah generasi pertama, satu permulaan kepada kehancuran mitos pertahanan udara tentera Zionis, yang kini terjerumus dalam kekeliruan dan kehancuran diri sendiri.
“Malam ini, peluru berpandu Fattah yang berkuasa tinggi dan sangat bermanuver telah menembusi perisai pertahanan peluru berpandu, menggoncangkan tempat perlindungan para pengecut Zionis berkali-kali dan menyampaikan mesej kekuatan Iran kepada sekutu penghasut perang Tel Aviv yang tenggelam dalam mimpi-mimpi kosong dan ilusi palsu.
“Serangan peluru berpandu malam ini membuktikan bahawa kami kini menguasai sepenuhnya ruang udara tanah-tanah yang diduduki, dan bahawa para penduduknya berada dalam keadaan tidak berdaya sepenuhnya terhadap serangan peluru berpandu Iran.”
Video: Realiti atau propaganda?
Dalam video yang tersebar, nampak peluru Fattah elak 12 peluru pemintas dari sistem Arrow dan Iron Dome tak satu pun berjaya kena. Kalau video ni sahih, ia bukan saja membuktikan kehebatan teknologi Iran, tapi memalukan sistem pertahanan paling dibanggakan Israel dan AS.
Biasanya:
Arrow akan kesan awal sebab dia guna radar jarak jauh (Green Pine). Bila peluru makin dekat, Iron Dome akan ambil alih.
Tapi kali ni, dua-dua tak cukup pantas. Tak cukup tepat. Tak cukup hebat. Dan Fattah selamba saja sampai ke Tel Aviv.
Apa maksud besar di sebalik semua ini?
Serangan ini bukan sekadar peluru meletup. ia simbolik. Iran nak tunjuk, bukan sekadar boleh balas balik mereka kini ada teknologi yang mampu gugat status quo. Mereka bawa semangat keagamaan, moral, dan keyakinan bukan sekadar senjata.
Dan kepada Israel serta sekutu mereka, ruang udara yang selama ni dianggap ‘suci dan selamat’, dah tak lagi kebal.
Ini bukan penamat, tapi permulaan
Serangan Fattah ni tak besar dari segi bilangan peluru, tapi besar dari segi mesej. Ia bukan hanya tembak ke sasaran fizikal ia tembak ke arah ego dan propaganda Israel selama ni.
Dan bagi global South dan dunia Islam serta mereka yang menentang penindasan, ini bawa harapan baru:
Bahawa si lemah pun boleh bangkit bila ada semangat, ilmu dan keberanian.
Adakah ini permulaan perubahan landskap di Timur Tengah?
Dan mungkinkah kenyataan pelik Trump pagi tadi sebenarnya menunjukkan beliau sendiri dah mula sedar ‘TACO (Trumps Announce Then Chicken Out) moment’ kali ni bukan main-main?
Jawapannya, tunggu babak seterusnya. Tapi satu yang pasti, its not going to be an easy fight with Iran.
KHAIRUL AZRI – HARAKAHDAILY 18/6/2025
Sumber Asal: https://www.facebook.com/share/v/19GZWv3Jgf/
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.











